BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program Lesen Memandu Kelas B2 percuma bagi tahun 2025 diteruskan mengikut pelaksanaan di setiap negeri, bagi memberi peluang kepada golongan belia daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak untuk menyertai program ini.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan lesen percuma 2025 jpj? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CARA SEMAK STR 2025 : SEMAKAN TARIKH MASUK BAYARAN FASA 3 SEKARANG

KATEGORI LESEN PERCUMA 2025 JPJ

Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

BANTUANKATEGORI LESEN PERCUMA
MyLESEN B2Lesen Memandu Motosikal (B2)

SIAPAKAH LAYAK MOHON BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ

Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN LESEN PERCUMA JPJ

Sedikit info tambahan berkaitan Program Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

MANFAAT BANTUAN LESEN PERCUMA JPJ

Antara manfaat daripada pelaksaan Bantuan Lesen Percuma, adalah seperti berikut :

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ

Individu yang telah memohon bantuan, dan disahkan β€˜Layak’, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan status kelayakan anda beserta dengan jadual latihan memandu dan tarikh ujian praktikal.

Oleh itu, pemohon yang disahkan β€˜Layak’ perlu menghadiri latihan dan ujian pada tarikh yang ditetapkan oleh JPJ untuk memastikan permohonan tidak terbatal.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ

Program Lesen Memandu Percuma B2 dijangka berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025. Namun tarikh rasmi masih belum diumumkan, dan pendaftaran akan dibuka sehingga kuota penyertaan yang ditetapkan telah penuh.

Tarikh permohonan bagi setiap negeri adalah berbeza. Orang awam disarankan untuk sentiasa mengikuti pengumuman rasmi daripada JPJ, melalui Portal Rasmi JPJ dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan program ini.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/

1 thought on “BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment