BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Terkini! Kadar pemberian Bantuan Khas Sarawak (SKAS) untuk pembelian barangan makanan asas bagi tahun 2026, kini dinaikkan bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan secukupnya.
Bagaimanakah cara permohonan dan semakan status bantuan khas sarawak 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYSARA ONLINE 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
BANTUAN KHAS SARAWAK
Bantuan Khas Sarawak ialah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya dalam bentuk bantuan kewangan melalui Baucar Digital yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk pembelian barangan makanan asas.
Menerut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kadar peruntukkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026 dinaikkan kepada RM680.0 juta, dan akan memberi manfaat kepada hampir 900,000 isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGAN | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|
| Berkahwin; atau | Bujang; atau | Bujang; atau |
| Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); | Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); | Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); |
| Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; | Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan | Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; |
| Tiada had umur | Had umur 60 tahun dan ke atas | Bujang berumur antara 21-59 tahun; atau Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun |
| Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
JUMLAH BANTUAN KHAS SARAWAK 2026
Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk setiap Fasa bantuan adalah seperti berikut :
| KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGAN | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|
| Fasa 1 : RM316 | Fasa 1 : RM166 | Fasa 1 : RM100 |
| Fasa 2 : RM424 | Fasa 2 : RM234 | Fasa 2 : RM150 |
| Fasa 3 : RM360 | Fasa 3 : RM200 | Fasa 3 : RM125 |
| Total Setahun : RM1,100 | Total Setahun : RM600 | Total Setahun : RM375 |
TARIKH KREDIT BANTUAN KHAS SARAWAK 2026
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikreditkan mengikut jadual berikut :
| FASA BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026, Selasa |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026, Jumaat |
| Fasa 3 | 10 November 2026, Selasa |
SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAK
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
CARA KREDIT BANTUAN KHAS SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Dompet) – Pengguna Android – Pengguna iOS |
PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAK 2026
Untuk makluman anda, tiada permohonan baharu dibuka untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026. Pemberian bantuan ini hanya akan diberikan mengikut data penerima sebelum ini iaitu Data Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di mana kelayakan penerima bantuan ini adalah ditentukan berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/