PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026

PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026

Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenalkan sebuah inisiatif ‘Baucar Kita Selangor’ kepada seramai 50,000 ribu warga Selangor yang berkelayakan dan bayaran disalurkan setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan.

Bagaimanakah cara permohonan Baucar Kita Selangor? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD

APA ITU BAUCAR KITA SELANGOR?

Baucar Kita Selangor adalah sebuah bantuan tunai sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang disalurkan bertujuan untuk membantu rakyat dalam mendepani kesan krisis geopolitik di Asia Barat dengan kenaikkan kos sara hidup.

Dengan melibatkan peruntukan sehingga RM30 juta, seramai 50,000 ribu rakyat di Selangor dapat menikmati Baucar Kita Selangor pada setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan ini untuk beli barang keperluan asas seperti makanan dan barangan runcit lain.

KADAR BAUCAR KITA SELANGOR

Setiap individu yang layak akan terima Baucar Kita Selangor dengan kadar yang sama tanpa mengira kategori dan bayaran akan diberikan dengan kadar sebanyak berikut :

BAYARAN SETIAP BULANBAYARAN KESELURUHAN
RM100 sebulanRM600 setahun

TARIKH AGIHAN BAUCAR KITA SELANGOR

Selama enam (6) bulan bermula Jun hingga November 2026, Kerajaan Negeri Selangor akan agihkan Baucar Kita Selangor kepada 50,000 rakyat yang layak mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
Jun 2026RM100
Julai 2026RM100
Ogos 2026RM100
September 2026RM100
Oktober 2026RM100
November 2026RM100
*Nota : Tarikh bayaran masih belum diumumkan. Namun, ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAUCAR KITA SELANGOR

Baucar Kita Selangor boleh dimohon oleh rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penduduk tetap Selangor (bermukim di Negeri Selangor);
  • Pendapatan rendah (B40 dan M40);

*Untuk syarat lebih terperinci masih belum dinyatakan. Namun akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila diumumkan secara rasmi.

PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026

Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja mengumumkan inisiatif Baucar Kita Selangor ini pada 16 April 2026 dan masih belum membuka sebarang sistem permohonan atau pendaftaran secara atas talian (online).

Seramai 50,000 ribu penerima mungkin akan dipilih secara automatik berdasarkan kategori dan data rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40) di Negeri Selangor.

Bagaimanapun, jika Kerajaan Negeri Selangor telah membuka portal untuk permohonan secara atas talian (online), pihak kami akan kongsikan panduan lengkap cara memohon dari semasa ke semasa.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Selangor. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.selangor.gov.my/utama & https://akses.selangor.gov.my/.

Leave a Comment