BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN & DAFTAR JIKA STATUS LAYAK
Pelbagai inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan termasuk menyediakan bantuan tunai dan tanpa tunai bagi memastikan keperluan asas rakyat sentiasa mencukupi.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan daftar bantuan kerajaan terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.
JENIS BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026
Terdapat dua (2) jenis bantuan utama yang disediakan oleh kerajaan pada tahun 2026 iaitu :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
| SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) |
|---|---|
| Bantuan Secara Berfasa (Empat Kali Pembayaran) | Bantuan Secara Bulanan (12 Bulan) |
| Bantuan Tunai | Bantuan Tanpa Tunai (cashless) |
| Pengkreditan Secara Tunai Ke dalam Akaun Bank | Penerima Pengkreditan Tanpa Tunai Melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
JUMLAH BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026
Bantuan Kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan dengan kadar berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
Catatan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026
Bantuan Kerajaan boleh di semak secara online di Portal Bantuan masing-masing seperti seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Semakan Status Di Portal MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Semakan Status Di Portal SARA : https://sara.gov.my/
Cara Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
Cara Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN KERAJAAN 2026
Untuk menerima bantuan kerajaan, anda perlu melakukan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berdaftar Sistem eKasih (sekiranya pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa). Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus.
PERMOHONAN STR 2026
Panduan lengkap permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
PENDAFTARAN EKASIH 2026
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kerajaan Terkini 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]