BANTUAN EWALLET 100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Pembayaran bantuan secara tanpa tunai (cashless) diwujudkan bagi membantu memudahkan rakyat menerima bantuan dan menggunakannya. Namun, pemberian bantuan secara tanpa tunai ini bukan lagi disalurkan melalui aplikasi e-Wallet, tetapi melalui kad pintar (IC) penerima.
Bagaimanakah semakan status penerima bayaran bantuan ewallet? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
PENGENALAN BANTUAN EWALLET 2025
Kerajaan telah menyediakan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai kepada rakyat Malaysia. Namun bukanlah melalui apliksi e-Wallet. Malah melalui kad pintar IC penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
AMAUN BAYARAN BANTUAN EWALLET 2025
Pembayaran bantuan melalui eWallet adalah sebanyak RM100 sahaja sekaligus kepada semua kategori. Namun, bayaran bantuan melalui MyKad adalah mengikut kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 / RM200 setiap bulan |
Warga Emas | RM100 / RM150 setiap bulan |
Bujang | RM50 setiap bulan |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan |
Warga Emas | RM50 setiap bulan |
Bujang | – |
TARIKH BAYARAN BANTUAN EWALLET 100 2025
Bayaran bantuan melalui MyKad adalah dijadualkan pada tarikh berikut :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN EWALLET 100 2025
Panduan Semakan Status di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Status di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya tak peranah dapat pun bantuan Ewallat selama ini
assalammualaikum saya x pernah mendapat bantuan e wallet
Nk daftar
Saya tidak dapat bantuan mykasih.