SEMAK BAYARAN STR (FASA 3) 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah mula dilaksanakan bermula 15 Ogos 2026 dan berperingkat kepada 5.3 juta penerima dari golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.]
Oleh itu, setiap 5.3 juta penerima yang disahkan layak boleh mengetahui status bayaran Fasa 3 sama ada ‘Telah Dikreditkan’ atau ‘Dalam Proses Kredit’ atau ‘Gagal Kredit’.
Ikuti panduan lengkap cara semakan status bayaran STR di portal rasmi STR di bawah.
PANDUAN CARA SEMAK BAYARAN STR FASA 3 2026
Status kelayakan dan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 boleh mula disemak untuk mengetahui sama ada ‘Telah Dikreditkan’ atau ‘Dalam Proses Kredit’ atau ‘Gagal Kredit’.
Ikuti panduan semakan lengkap di bawah :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Log Masuk].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR FASA 3 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2500 kebawah | RM200 hingga RM600 (bergantung bilangan anak) |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | RM150 hingga RM250 (bergantung bilangan anak) |
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
| Bujang | – |
KAEDAH BAYARAN STR KEPADA PENERIMA
Untuk memudahkan penerima menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran yang mudah seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai dengan membawa Kad pengenalan asal di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah bermula pada :
| KAEDAH TERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan dalam akaun bank | Bermula 15 Ogos 2026 dan berperingkat |
| Bayaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 16 Ogos 2026 (BSN di negeri yang beroperasi ahad) atau Bermula 17 Ogos 2026 (BSN di negeri yang beroperasi Isnin) |
Baca Artikel Berkaitan : JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026 : SEMAK BERAPA YANG LAYAK TERIMA
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran-Media-STR-2026-Fasa-3.pdf.