BANTUAN DALAM MYKAD RM100 2026 : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BAYARAN ONE-OFF
Terkini! SARA UNTUK SEMUA secara one-off sebanyak RM100 dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) 22 juta warganegara Malaysia dewasa bermula hari ini.
Bagaimanakah check penerima bantuan dalam mykad rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 mestilah terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) | Warganegara Malaysia; Berusia 18 tahun dan ke atas (Individu); Tanpa mengira pendapatan; |
BANTUAN DALAM MYKAD RM100
SARA ONE-OFF ialah bantuan Kerajaan secara sekali bayaran kepada rakyat Malaysia sebagai persiapan untuk sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA (SARA ONE-OFF) |
| Kadar Bantuan (RM) | 100.00 |
| Kelayakan Bantuan | Individu berusia 18 tahun dan ke atas (Warganegara Malaysia) |
| Kaedah Pembayaran | Secara Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas SARA MyKasih |
Kelayakan penerima adalah secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dan tiada sebarang permohonan diperlukan, termasuk penerima sedia ada dan bukan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100
Bantuan SARA ONE-OFF tahun 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Kredit Bantuan SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 9 Februari 2026, dan akan luput pada 31 Disember 2026.
CHECK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100
Status Kelayakan Penerima SARA ONE OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
CARA GUNA RM100 DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026