BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
MAIDAM menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk bantuan awal Ramadan, bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, dan orang kurang upaya yang memerlukan sokongan kewangan.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan awal ramadhan 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MY KASIH SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM600 & RM2100)
APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025
Bagi meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan sepanjang bulan Ramadan, khususnya asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, dan orang kurang upaya, pelbagai bantuan disediakan oleh kerajaan, NGO, institusi zakat, serta badan kebajikan lain, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Bagi tahun 2025, MAIDAM telah memperuntukkan sebanyak RM15,493,100.00 untuk Bantuan Bulan Ramadan, yang akan diagihkan kepada 28,829 Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf fakir miskin di seluruh Negeri Terengganu.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025
Syarat kelayakan bantuan bergantung kepada jenis bantuan yang dimohon, tetapi secara umumnya syarat kelayakan MAIDAM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam;
- Bermastautin di Terengganu (Bagi penerima bantuan MAIDAM);
- Tergolong dalam Golongan Asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf, atau Individu yang memerlukan;
- Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan).
MATLAMAT PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN AWAL RAMADHAN
Tujuan pelaksanaan Program Bantuan Awal Bulan Ramadhan adalah untuk:
- Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
- Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
- Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
- Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.
JENIS BANTUAN AWAL RAMADHAN YANG DISEDIAKAN
Pelbagai Jenis bantuan Ramadhan yang biasanya disediakan seperti:
- Bantuan Kewangan Tunai; atau
- Bakul Makanan; atau
- Bantuan Zakat; atau
- Sumbangan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri;
CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN MAIDAM 2025
Permohonan Bantuan Awal Ramadhan MAIDAM secara manual adalah seperti berikut:
- Hadir ke Pejabat MAIDAM berdekatan.
- Bawa Dokumen Sokongan Permohonan yang diperlukan.
- Lengkapkan Borang Permohonan Bantuan secara manual.
- Kemudian, serahkan kepada pegawai bertugas untuk semakan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN MAIDAM 2025
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
- Penyata Pendapatan (Gaji) atau Surat Pengesahan Pendapatan.
- Bil utiliti terkini (bil elektrik atau air).
- Dokumen sokongan lain seperti surat sokongan penghulu, ketua kampung atau pihak berkuasa tempatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Awal Ramadhan Maidam, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 09-6303030
- e-Mel : [email protected]
- https://www.maidam.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
BANTUAN AWAL RAMDHAN 2025
Tolong semak bantuan untuk saya
Saya sangat memerlukan bantuan Malaysia madani
Tlong semak bantuan untuk saya
Tolong semak untuk saya