BANTUAN 100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah melayakkan hampir 5.4 juta penerima layak untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Asas yang diluluskan bagi menyokong keperluan harian penerima.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan rm 100 dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYSARA DALAM MYKAD : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN IC 2025
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Pada 31 Ogos 2025, setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan akan menerima SARA ONE-OFF RM100 secara automatik melalui MyKad, yang akan diberikan oleh Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN IC 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima melalui MyKad pada 31 Ogos 2025.
CARA PELAKSANAAN BANTUAN IC 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih dan ONE-OFF akan dilaksanakan secara tanpa tunai dimana penerima akan menerima kredit SARA melalui MyKad (Kad Pengenalan) khusus dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit berdaftar di seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN IC 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Penerima sedia ada SARA STR boleh membuat semakan status kelayakan bayaran bulanan pada bila-bila masa. Bagi bantuan SARA ONE-OFF RM100 pula, semakan kelayakan boleh dibuat di PORTAL MYKASIH mulai 21 Ogos 2025.
TEMPOH SAH KREDIT BANTUAN RM 100 IC 2025
Kredit bulanan SARA atau SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara