SEMAK BAKI SARA RAHMAH DALAM MYKAD

SEMAK BAKI SARA RAHMAH DALAM MYKAD

Disebabkan Bantuan Sara Rahmah disalurkan secara tanpa tunai terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan), penerima tentunya tidak mengetahui berapa baki bayaran yang ada. Oleh itu, Portal Rasmi SARA disediakan untuk semakan baki dari semasa ke semasa sebelum digunakan untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semak baki Sara Rahmah dalam MyKad? Rujuk penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN SARA RAHMAH 2026

KADAR BAYARAN BAKI SARA RAHMAH

Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Sara Rahmah setiap bulan dan kadar baki bayaran yang telah dan akan dibayar untuk tahun 2026 :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN
BULANAN
KADAR YANG
TELAH DIBAYAR
KADAR BAKI
AKAN DIBAYAR
Isi Rumah B40RM200RM1,200RM1,200
Isi Rumah M40RM100RM600RM600
Warga Emas B40RM150RM900RM900
Warga Emas M40RM50RM300RM300
Bujang B40RM100RM600RM600
Bujang M40RM50RM300RM300

TARIKH BAYARAN BAKI SARA RAHMAH

Berikut pula adalah tarikh-tarikh pelaksanaan bayaran baki Bantuan Sara Rahmah untuk tahun 2026 :

STATUS BAYARANTARIKH BAYARAN
Bayaran
telah dilaksanakan
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
Bayaran
akan dilaksanakan
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

SEMAK BAKI SARA RAHMAH DALAM MYKAD

Untuk mengetahui berapa jumlah baki Bantuan Sara Rahmah yang masih ada dalam MyKad, penerima boleh buat semakan di Portal Rasmi SARA seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan SARA].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-“).
  5. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima dan baki bayaran akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA BAKI SARA RAHMAH DALAM MYKAD

Jika baki Bantuan Sara Rahmah masih ada dalam MyKad, penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut cara-cara berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA Rahmah.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

TEMPOH GUNA BAKI SARA RAHMAH

Namun, penerima perlu tahu bahawa baki Bantuan Sara Rahmah perlu digunakan sesuai dengan tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

TEMPOH GUNA BAKITARIKH AKHIR GUNA
6 bulan
(Dari Jun hingga Disember)
31 Disember 2026

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment