AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR : CEK JUMLAH BAYARAN TUNAI YANG DITERIMA JIKA LULUS

AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR : CEK JUMLAH BAYARAN TUNAI YANG DITERIMA JIKA LULUS

Jika permohonan yang dikemukakan diluluskan, pemohon akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa Pertama (1) tahun 2026 bermula pada 20 Januari 2026 dengan amaun yang ditetapkan.

Berapakah amaun Bantuan STR Fasa 1 yang dibayar kepada yang lulus? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026 FASA 1 : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI

AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR

Tentunya Bantuan STR Fasa 1 akan dibayar dengan amaun yang berbeza bagi setiap kategori penerima supaya amaun yang diterima sepadan dengan kelayakan masing-masing :

  • Kategori Berkeluarga :
    • Berkeluarga adalah merupakan isi rumah berpasangan ada / tiada anak dan isi rumah tunggal ada anak.
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
FASA 1 2026
Penerima Pendapatan B40RM500
Penerima Pendapatan M40Tiada anak : RM50
1-2 anak : RM100
3-4 anak : RM150
Lebih 5 anak : RM250
  • Kategori Bujang :
    • Bujang adalah merupakan individu belum berkahwin, balu, duda dan janda yang tiada anak atau bukan lagi tanggungan.
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
FASA 1 2026
Penerima Berumur
21 hingga 59 tahun
Dibayar melalui SARA
Penerima Berumur
60 tahun & ke atas
RM150

CARA BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR

Penerima yang ada akaun bank dan penerima yang tiada akaun bank akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 1 dengan dua (2) cara yang berbeza seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BANTUAN STR DIBAYAR
Penerima Ada Akaun BankDibayar melalui akaun bank penerima
atau akaun bank pasangan
secara berperingkat
Penerima Tiada Akaun BankDibayar tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia

TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR

Tidak lebih dari 10 hari sahaja lagi Bantuan STR Fasa 1 untuk tahun 2026 akan dibayar kepada penerima-penerima yang layak bermula pada tarikh yang tertera di bawah :

CARA BAYARANTARIKH BANTUAN STR
FASA 1 DIBAYAR
Pengkreditan dalam akaun bankBermula 20 Januari 2026
dan berperingkat
Tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026

CEK KELAYAKAN AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026

Oleh kerana amaun Bantuan STR dibayar mengikut kelayakan penerima, setiap pemohon perlu menyemak status kelayakan untuk tahu berapa amaun yang akan diterima untuk Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard mySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh klik [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASIL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel Rasmi STR : [email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment