BANTUAN IC 2025 TAMBAHAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900 & RM600 & RM2100)
Identity Card (IC) atau kad pengenalan rakyat Malaysia adalah merupakan kad pintar yang mempunyai cip yang membolehkan ianya digunakan untuk pelbagai transaksi termasuklah untuk penerimaan bantuan secara tanpa tunai (cashless) oleh kerajaan bagi memudahkan proses penerimaan dan penggunaan bantuan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan ic tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR TAMBAHAN SEMAK KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)
APA ITU BANTUAN IC TAMBAHAN
Pelaksanaan Bantuan Dalam IC (Kad Pengenalan) penerima adalah di bawah program MyKasih yang diperkenalkan sebagai Bantuan SARA, khas untuk membantu meringankan bebanan rakyat di samping meningkatkan penggunaan tanpa tunai (cashless) yang selamat untuk rakyat Malaysia tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.
JUMLAH KREDIT BANTUAN IC 2025 TAMBAHAN
Jumlah Bantuan yang dikreditkan ke dalam IC penerima adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima berikut :
- Penerima Sedia Ada :
GOLONGAN PENERIMA | JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / tunggal) | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada pasangan & anak) | RM1,650 setahun |
BUJANG (Belum berkahwin / balu / janda / duda tiada anak) | RM600 setahun |
- Penerima Baharu :
GOLONGAN PENERIMA | JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / tunggal) | RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada pasangan & anak) | RM450 setahun |
BUJANG (Belum berkahwin / balu / janda / duda tiada anak) | – |
JADUAL KREDIT BANTUAN IC 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam IC penerima yang layak adalah dijadualkan seperti berikut :
TARIKH KREDIT DALAM IC PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH KREDIT DALAM IC PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN IC 2025
Hanya penerima yang dikreditkan Bantuan Dalam IC boleh membuat pembelian barangan mengikut senarai berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi baki dalam IC atau selain daripada senarai barangan di atas. Sekiranya pembelian melebihi baki bantuan atau selain barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN IC 2025 TAMBAHAN
Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan penerima Bantuan Dalam IC (SARA), iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih; dan
- Portal Rasmi STR.
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan IC (SARA) di kedua-dua portal rasmi berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Salam sejahtera.ingin bertanya adakah saya layak atau tidak menerima bantuan dalam’ IC.
Sekian wassalam
Bagaimana ingin melihat duit sudah memasuki di dalam account
Saya lutinghua adakah sya latak menerima bantuan dalam ic ni