TARIKH KEMASKINI STR 2027 – BILA PERLU KEMAS KINI PERMOHONAN?
Khas untuk pemohon yang lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan secara automatik turut layak menerima bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah sehingga RM4,600 setahun. Oleh itu, pemohon sedia ada juga perlu kemaskini permohonan supaya status aktif dan tidak tercicir sebagai penerima yang layak.
Bagaimanakah cara kemaskini STR 2027? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN STR FASA 4 2026 – LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH KEMASKINI STR 2027
Untuk penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2027, pemohon sedia ada perlu kemaskini permohonan bermula pada tarikh berikut :
- 🗓️ Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis).
SEBAB PERLU KEMASKINI STR 2027
Pemohon sedia ada yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melebihi tiga (3) tahun perlu buat kemaskini permohonan atas sebab-sebab berikut :
- Memastikan maklumat peribadi tepat — Semak nama, nombor kad pengenalan, alamat dan maklumat hubungan supaya tiada kesilapan dalam rekod permohonan.
- Mengemas kini status perkahwinan — Maklumkan perubahan status seperti berkahwin, bercerai atau kematian pasangan, jika berkenaan.
- Mengemas kini maklumat anak dan tanggungan — Pastikan bilangan serta maklumat anak yang layak direkodkan dengan betul.
- Memastikan maklumat pendapatan terkini — Perubahan pendapatan isi rumah boleh mempengaruhi penilaian kelayakan dan kategori bantuan.
- Mengelakkan masalah semasa permohonan diproses — Maklumat yang tidak lengkap, bercanggah atau tidak tepat boleh menyebabkan permohonan memerlukan semakan lanjut.
- Membantu memastikan kelayakan bantuan dinilai dengan betul — Maklumat terkini membantu pihak berkenaan menentukan kelayakan berdasarkan syarat STR bagi tahun permohonan tersebut.
- Mematuhi keperluan kemas kini yang ditetapkan — Bagi STR 2027, pemohon yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan berbuat demikian, tertakluk kepada ketetapan kategori yang berkenaan.
CARA KEMASKINI STR 2027
Berikut disediakan panduan lengkap cara kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh dilakukan secara online menerusi laman web rasmi Portal MySTR :
- Sila layari laman web rasmi Portal MySTR 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
*Catatan : Bagi pemohon yang tidak boleh akses Portal MySTR untuk kemaskini permohonan atau mengalami masalah teknikal, boleh terus ke kaunter Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat dan buat kemaskini permohonan di sana.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.