KEMASKINI STR TERKINI – PANDUAN LENGKAP

KEMASKINI STR TERKINI – PANDUAN LENGKAP

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 akan disalurkan dengan jumlah sehingga RM4,600 setahun untuk menampung kos sara hidup golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40. Pemohon sedia ada perlu mengemaskini permohonan untuk mendapatkan bayaran dengan jumlah yang betul.

Bagaimanakah cara kemaskini STR terkini? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : CEK KELAYAKAN STR FASA 4 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEBAB PERLU KEMASKINI STR

Antara sebab-sebab “kenapa” perlu kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah untuk :

  1. Memastikan status permohonan adalah masih aktif.
    • Pemohon yang tidak kemaskini permohonan melebihi 3 tahun akan dianggap tidak aktif menerima bayaran setiap tahun.
  2. Mengelakkan tercicir sebagai penerima yang layak.
    • Terdapat sebahagian pemohon yang tidak mengemaskini permohonan tercicir sebagai penerima bayaran untuk tahun semasa.
  3. Menerima bayaran dengan kadar yang selayaknya.
    • Kadar bayaran ditentukan mengikut kategori dan kelayakan semasa. Oleh itu, pemohon perlu kemaskini permohonan supaya dapat kadar bayaran selayaknya.

KADAR BAYARAN STR TERKINI

Untuk tahun 2027, kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berubah berdasarkan kelayakan semasa dan penerima akan secara automatik layak menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR STR + SARA
(RM)
KESELURUHAN
(RM)
Isi Rumah B40
(Tiada anak)
200 + 1,8002,000
Isi Rumah B40
(1 – 2 anak)
600 + 1,8002,400
Isi Rumah B40
(3 – 4 anak)
1,100 + 1,8002,900
Isi Rumah B40
(>5 anak)
1,600 + 1,8003,400
Isi Rumah M40
(Tiada anak)
200 + 1,2001,400
Isi Rumah M40
(1 – 2 anak)
450 + 1,2001,650
Isi Rumah M40
(3 – 4 anak)
700 + 1,2001,900
Isi Rumah M40
(>5 anak)
950 + 1,2002,150
Bujang
(Warga Emas)
600 + 6001,200
Bujang
(21 – 59 tahun)
0 + 600600
*Bagi pemohon yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih pula akan menerima tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih tinggi iaitu ‘Isi Rumah B40’ akan terima tambahan RM1,200, ‘Warga Emas’ akan terima tambahan RM600 dan ‘Bujang’ akan terima tambahan RM600.

SENARAI PEMOHON KENA KEMASKINI STR

Namun, hanya pemohon tertentu sahaja yang kena kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut merupakan senarai pemohon yang kena kemaskini :

  • Sudah lama tidak mengemas kini maklumat STR.
  • Bertukar nombor telefon atau alamat.
  • Mengalami perubahan status perkahwinan atau tanggungan.
  • Maklumat akaun bank telah berubah.
  • Maklumat permohonan terdahulu tidak lagi tepat.

*Penting: Tidak semua penerima perlu mengemas kini permohonan secara automatik. Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak mengemas kini STR selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan berbuat demikian, tertakluk pada ketetapan rasmi

TARIKH KEMASKINI STR TERKINI

Pemohon sedia ada boleh mula kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian (online) di Portal Rasmi MySTR bermula pada tarikh berikut :

TARIKH MULA KEMASKINITARIKH AKHIR KEMASKINI
15 Oktober 2026Belum diumumkan

CARA KEMASKINI STR SECARA ONLINE

Berikut merupakan cara kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian (online) :

  1. Sila layari portal rasmi Portal MySTR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

SALURAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian STR HASiL : 1800 88 2747
Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment