CEK KELAYAKAN STR FASA 4 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Ramai yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tetapi hanya yang benar-benar layak sahaja akan menerima bayaran Fasa keempat (4) yang akan disalurkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Bagaimanakah cara cek kelayakan STR fasa 4 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : STR 2027 UNTUK IBU TUNGGAL : SYARAT & CARA MOHON
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Hanya pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Antara kriteria yang ditetapkan adalah :
| KRITERIA | KELAYAKAN ISI RUMAH | KELAYAKAN BUJANG |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur | 60 tahun & ke atas |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal | Bujang atau Balu / duda / janda |
| Tanggungan (anak) | Ada / tiada anak | Tiada anak |
| Kadar Pendapatan | B40 : Bawah RM2,500 M40 : Bawah RM5,000 | Tidak lebih RM5,000 |
CEK KELAYAKAN STR FASA 4 2026
Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak terus pada laman web rasmi yang disediakan seperti panduan berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2026
Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditetapkan mengikut kategori penerima untuk fasa keempat (4) :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN UNTUK PENERIMA B40 | BAYARAN UNTUK PENERIMA M40 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM400 >5 anak : RM500 | Tiada anak : – 1 – 2 anak : RM50 3 – 4 anak : RM100 >5 anak : RM250 |
| Bujang | Tiada anak : RM150 | Tiada anak : RM150 |
JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dijadualkan seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Oktober – November 2026 |
| Kredit dalam akaun bank penerima | Oktober – November 2026 |
- Penerima Baharu :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | November 2026 |
| Kredit dalam akaun bank penerima | November 2026 |
*Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF). Jika telah diumumkan, pihak kami akan kemaskini semula jadual bayaran di atas.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.