SEMAK STATUS STR FASA 4 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Bagi pemohon sedia ada atau pemohon baharu yang kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum 30 September 2026, kini boleh mengetahui status kelayakan sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima bayaran Fasa Keempat (4) sehingga berjumlah RM500.
Bagaimanakah semak status STR Fasa 4 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAK STATUS & TARIKH PEMBAYARAN
PLATFORM SEMAKAN STATUS STR 2026
Kini pemohon tidak perlu beratur panjang di kaunter atau kiosk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) untuk menyemak status kelayakan permohonan kerana semakan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui platform portal rasmi berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAK STATUS STR FASA 4 2026
Untuk tahu status permohonan anda ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ ikuti cara semakan status secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan :
- ‘Layak’; atau
- ‘Tidak Layak’; atau
- ‘Dalam Proses’; atau
- ‘Gagal Kredit’.
- Selesai.
MEDIUM BAYARAN STR FASA 4 2026
Setelah anda semak status dan disahkan layak, perincian bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dipaparkan ‘Dalam Proses Kredit’ atau ‘Gagal Kredit’, penerima akan menerima bayaran melalui medium berikut :
- Jika paparan status menunjukan ‘Dalam Proses Kredit’, penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara pengkreditan dalam akaun bank masing-masing.
- Jika paparan status menunjukan ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara fizikal di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026
Bagaimanapun, penerima perlu menunggu tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026 diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri / Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 4 | Dijangka akhir bulan Oktober hingga Awal bulan November 2026 |
KADAR BAYARAN STR FASA 4 2026
Penerima dari kategori ‘Isi Rumah B40’, ‘Isi Rumah M40’ dan ‘Bujang (Warga Emas)’ akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 :
- RM100 sehingga RM500 (tertakluk bilangan anak).
- Isi Rumah M40 :
- RM50 sehingga RM250 (tertakluk bilangan anak).
- Bujang (Warga Emas) :
- RM150 (setiap individu).
TALIAN BANTUAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.