Semak Status Permohonan STR : Bayaran Fasa 4 2026

Disemak & Dikemas kini: 12 October 2026 · Editor: BANTUANONLINE · Rujukan maklumat rasmi Malaysia

SEMAK STATUS PERMOHONAN STR : BAYARAN FASA 4 2026

Lebih 9 juta permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diterima dan diproses setiap hari. Namun, hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan menerima bayaran Fasa 4 nanti.

Bagaimanakah cara semak status permohonan STR? Rujuk panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BANTUAN SARA HIDUP : BELANJAWAN 2027

MAKSUD STATUS PERMOHONAN STR

Berikut merupakan maksud status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon :

STATUS PERMOHONANMAKSUD STATUSTINDAKAN PEMOHON
Permohonan DiterimaPermohonan telah diterima
dan menunggu proses
pengesahan mengikut
tempoh permohonan dihantar
Semak maklumat permohonan
dan kemas kini jika perlu
sebelum status bertukar
kepada Dalam Proses
Dalam ProsesPermohonan sedang
melalui proses pengesahan
dan semakan kelayakan STR
Tunggu keputusan rasmi.
Pemohon tidak boleh
mengemas kini maklumat
sehingga keputusan dipaparkan
LulusPermohonan memenuhi
syarat kelayakan selepas
proses pengesahan selesai
Semak maklumat pembayaran,
jumlah bantuan dan tarikh
pembayaran melalui portal
rasmi STR
Tidak LulusPermohonan tidak memenuhi
syarat kelayakan selepas
proses pengesahan dilakukan
Semak alasan tidak lulus dan
dokumen sokongan yang diperlukan.
Buat rayuan jika dibenarkan
Tidak LayakPemohon disahkan tidak layak
berdasarkan semakan penuh
oleh LHDNM
Hubungi atau kunjungi
Pejabat HASiL berdekatan
untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SEMAK STATUS PERMOHONAN STR

Bagi pemohon yang ingin mengetahui status kelulusan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, sila ikuti panduan semakan yang lengkap dan betul di bawah :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TARIKH PERMOHONAN STR

Untuk permohonan baharu, rayuan dan kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah tamat pada 30 September 2026 dan sekiranya pemohon membuat permohonan baharu selepas dari tarikh itu, kemungkinan tidak akan menerima bayaran Fasa 4 tetapi akan menerima bayaran untuk Fasa 1 tahun 2027 (jika layak).

MAKLUMAT BAYARAN STR FASA 4 2026

Ketahui maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 seperti tarikh dan jumlah bayaran :

  • Tarikh Bayaran STR Fasa 4 2026 :
    • Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
      • Dijangka bermula pada November 2026 (tarikh masih belum diperincikan).
    • Bayaran secara pengkreditan dalam akaun bank penerima :
      • Dijangka bermula pada November 2026 (tarikh masih belum diperincikan).
  • Jumlah Bayaran STR Fasa 4 2026 :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Sehingga RM500
(tertakluk jumlah anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Sehingga RM250
(tertakluk jumlah anak)
Warga Emas Pendapatan
Bawah RM5,000
RM150 / setiap seorang

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment