CARA PERMOHONAN SARA 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN SARA SECARA ONLINE
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk tahun 2027, dan permohonan baharu bantuan kini dibuka secara online dan fizikal dan boleh di mohon mengikut kaedah rasmi yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara permohonan sara 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : PERMOHONAN SARA 2027 ONLINE : CARA PERMOHONAN SARA SECARA ONLINE
PENGENALAN SARA 2027
Hasil daripada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berikut merupakan intipati belanjawan 2027 untuk program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 :
- Peningkatan kadar peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion untuk tahun 2027 ketimbang RM15 bilion tahun 2026.
- Seramai 9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menikmati bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.
- Pemberian SARA MADANI (ONE-OFF) RM100 sebanyak dua kali (sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka) kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.
- Perluasan penggunaan kredit atau elaun bulanan SARA kepada pembelian barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA di seluruh negara.
- Penambahan rangkaian rakan niaga SARA kepada 10,000 premis sebelum hujung tahun 2026.
PERMOHONAN SARA 2027 ONLINE
Sekiranya anda belum membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat permohonan mengikut panduan ini untuk layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
SYARAT PERMOHONAN SARA 2027
Syarat Kelayakan Permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA BULANAN (permohonan STR diperlukan) | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027; dan Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih atau BUKAN eKasih |
| SARA MADANI (ONE-OFF) RM100 (tiada permohonan diperlukan) | Warganegara Malaysia; Berusia 18 tahun dan ke atas |
KADAR KELAYAKAN SARA 2027
Amaun rasmi elaun pengkreditan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa sebaik sahaja maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak SARA atau Kementerian Kewangan (MOF).
JADUAL PROGRAM SARA 2027
Program SARA 2027, akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| Januari 2027 (Akan diumumkan) | 31 Disember 2027 |
TARIKH PERMOHONAN SARA 2027
Untuk makluman, hanya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027. Sekiranya, anda bukan penerima STR, anda perlu membuat permohonan STR untuk layak menerima SARA bulanan.
Permohanan SARA 2027 (STR) dibuka bermula tarikh berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Secara Fizikal Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan | 1 Oktober 2026, Khamis |
| Permohonan Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis |
SEMAK PERMOHONAN SARA 2027
Status kelayakan dan permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semak di Portal SARA;
- Semak di Portal MySTR
Cara Semakan Permohonan SARA di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2027 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) pada Halaman Utama Portal.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program;
- Status Kelayakan;
- Tarikh Program Bermula & Berakhir;
- Baki atau Jumlah Bayaran
- Selesai.
Cara Semakan Permohonan SARA di Portal MySTR :
- Layari ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/