PERMOHONAN SARA 2027 ONLINE : CARA PERMOHONAN SARA SECARA ONLINE

PERMOHONAN SARA 2027 ONLINE : CARA PERMOHONAN SARA SECARA ONLINE

Kerajaan menambahbaik pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2027 dengan peningkatan kadar peruntukan serta peluasan jenis barangan dan kedai panel yang diluluskan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah permohonan sara 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA REGISTER STR 2027 – PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR ONLINE

PENGENALAN SARA 2027

Dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penerusan pelaksanaan program-program bantuan kerajaan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan penambahbaikan.

Sebanyak RM16 bilion diperuntukkan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2027 ketimbang RM15 bilion tahun ini.

Melalui peningkatan peruntukan ini, seramai 9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menikmati bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM SARA 2027

Selain pemberian SARA bulanan, kerajaan turut memberikan SARA kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menerusi pemberian kredit tunai SARA MADANI atau ONE-OFF sebanyak RM100 sebanyak dua kali untuk tahun 2027 iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka. Pemberian ini akan akan memanfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40.

Seterusnya, bagi memastikan pelaksanaan Program SARA dapat membantu sektor perniagaan tempatan dan keterjaminan makanan, Kerajaan turut memperluaskan penggunaan kredit atau elaun bulanan SARA bukan sahaja pembelian barang di kedai atau pasar raya, tetapi juga untuk membeli barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA di seluruh negara.

Rangkaian rakan niaga SARA yang kini mencecah 6,800 premis juga akan ditingkatkan kepada 10,000 premis sebelum hujung tahun 2026, bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mengakses atau membeli barangan keperluan asas dengan mudah.

SYARAT PERMOHONAN SARA 2027

Syarat Kelayakan Permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027, terdiri daripada :

JENIS SARASYARAT DAN KELAYAKANTINDAKAN PERMOHONAN
SARA BULANANWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027; dan

Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih dan BUKAN eKasih
Memerlukan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan
eKasih (hanya untuk pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa)
SARA MADANI (ONE-OFF)
RM100
Warganegara Malaysia;

Berusia 18 tahun dan ke atas
Tiada Permohanan

PERMOHONAN SARA 2027 ONLINE

Sekiranya anda belum membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat permohonan mengikut panduan ini untuk layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA 2027

Amaun rasmi elaun pengkreditan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa sebaik sahaja maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak SARA atau Kementerian Kewangan (MOF).

JADUAL & TEMPOH PROGRAM SARA 2027

Program SARA 2027, akan dilaksanakan seperti berikut :

JENIS SARATEMPOH PROGRAMTARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIRCARA PENGKREDITAN
SARA BULANANSetiap Bulan
(12 Bulan)
Januari 2027

(Akan diumumkan)
31 Disember 2027MyKad (Kad Pengenalan)
SARA MADANI (ONE-OFF)2 Kali PemberianSebelum Aidilfitri
&
Menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka
31 Disember 2027MyKad (Kad Pengenalan)

SEMAKAN PERMOHONAN SARA 2027

Status kelayakan dan permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Semak di Portal SARA;
  • Semak di Portal MySTR

Cara Semakan Permohonan SARA di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2027 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) pada Halaman Utama Portal.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program;
    • Status Kelayakan;
    • Tarikh Program Bermula & Berakhir;
    • Baki atau Jumlah Bayaran
  8. ⁠Selesai.

Cara Semakan Permohonan SARA di Portal MySTR :

  1. Layari ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment