BANTUAN SARA B40 2026
Golongan berpendapatan rendah serta sederhana (B40) yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bantuan layak untuk menerima bantuan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan untuk dibelanjakan bagi memenuhi keperluan asas harian.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan sara b40 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN IBU BERSALIN SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA B40
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA B40
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA B40
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas |
| – | 16 Januari 2026 | Bujang |
| Februari | 1 Februari 2026 | Semua |
| Mac | 1 Mac 2026 | Semua |
| April | 1 April 2026 | Semua |
| Mei | 1 Mei 2026 | Semua |
| Jun | 1 Jun 2026 | Semua |
| Julai | 1 Julai 2026 | Semua |
| Ogos | 1 Ogos 2026 | Semua |
| September | 1 September 2026 | Semua |
| Oktober | 1 Oktober 2026 | Semua |
| November | 1 November 2026 | Semua |
| Disember | 1 Disember 2026 | Semua |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA B40
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) :100.00
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026