BANTUAN IBU BERSALIN SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
Inisiatif bantuan tunai disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para wanita atau ibu yang baru melahirkan anak tanpa mengira bangsa, agama ataupun status sosio-ekonomi untuk meringankan beban dari segi kewangan selepas melahirkan anak serta menyokong keperluan nutrisi serta penjagaan diri buat ibu sepanjang tempoh berpantang.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan ibu bersalin 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SYUKUR SABAH TERBARU 2026 : SEMAK KELAYAKAN
PORTAL SEMAKAN BANTUAN IBU BERSALIN ONLINE
Status kelayakan penerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026 boleh di semak secara online di :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| iSarawakCare | https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/ |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN IBU BERSALIN
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Ibu Mengandung;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘K’ (Sarawak); atau
- Isteri kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak;
- Melahirkan bayi pada usia kandungan 22 minggu dan ke atas.
Info TAMBAHAN :
- Permohonan HANYA BOLEH dibuat selepas bersalin (melahirkan) atau dalam tempoh masa 3 bulan selepas bersalin; atau
- Selepas bersalin pada usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja)
JUMLAH BANTUAN IBU BERSALIN
Kadar bantuan yang diberikan kepada ibu yang baru melahirkan anak adalah seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | RM450.00 |
CARA PEMBERIAN DUIT BANTUAN IBU BERSALIN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) akan dikreditkan kepada para ibu yang layak seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | Bermula tahun 2026, duit bantuan akan dikreditkan melalui akaun SPayGlobal penerima yang aktif |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
Setelah membuat permohonan, status kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
- Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
- Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Pejabat : 082-374700
- Talian Khidmat (WhatsApp) : 014-6881398
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/383