JADUAL BAYARAN MY SARA 2026
Penyaluran elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan pada setiap bulan kepada penerima yang layak dimana elaun tersebut akan dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan bagi memenuhi barang keperluan asas.
Bagi penerima yang ingin merancang perbelanjaan, berikut adalah jadual bayaran My SARA 2026 lengkap merangkumi tarikh bayaran, kadar mengikut kategori, serta kaedah semakan status.
Bilakah tarikh & jadual bayaran my sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA MOHON BANTUAN MYKASIH 2026 – PANDUAN LENGKAP
RINGKASAN PELAKSANAAN MY SARA
Program SARA MyKasih dilaksanakan seperti berikut :
- Bayaran Bulanan : Elaun SARA MyKasih dikreditkan secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026 ke dalam MyKad penerima.
- Penggunaan MyKad : Elaun SARA MyKasih dalam MyKad Boleh digunakan di pasar raya dan kedai runcit berdaftar dengan MyKasih.
- Baki Elaun : Baki elaun yang tidak digunakan pada bulan semasa akan dibawak membawa ke bulan berikutnya dan tidak luput sehingga 31 Disember 2026.
JADUAL BAYARAN MY SARA 2026
Elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijadualkan untuk disalurkan pada tarikh berikut :
| TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA | STATUS PENYALURAN |
|---|---|---|
| 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas | Selesai |
| 16 Januari 2026 | Bujang | Selesai |
| 1 Februari 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 Mac 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 April 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 Mei 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 Jun 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 Julai 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 Ogos 2026 | Semua Kategori | Selesai |
| 1 September 2026 | Semua Kategori | Akan datang |
| 1 Oktober 2026 | Semua Kategori | Akan datang |
| 1 November 2026 | Semua Kategori | Akan datang |
| 1 Disember 2026 | Semua Kategori | Akan datang |
KADAR BAYARAN MY SARA
Amaun bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
SEMAK PENERIMA BAYARAN MY SARA
Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Semak Status.
- Kemudian, Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).