SEMAK JUMLAH BAKI MYKASIH – SEBELUM GUNA UNTUK BELI BARANG

SEMAK JUMLAH BAKI MYKASIH – SEBELUM GUNA UNTUK BELI BARANG

Sebelum menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang dapur atau keperluan asas, penerima perlu memastikan jumlah baki mencukupi untuk membuat bayaran secara tanpa tunai (cashless) guna Kad Pengenalan diri.

Bagaimanakah cara semak jumlah baki MyKasih sebelum guna untuk beli barang? Ikuti panduan semakan lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI UNTUK OKU : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH BAKI MYKASIH

Setiap isi rumah, warga emas dan bujang yang layak menerima Bantuan MyKasih dikreditkan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan B40 dan M40. Jumlah baki yang telah dikreditkan dan akan dikreditkan juga berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KREDIT
BULANAN
JUMLAH
TELAH
DIKREDITKAN
JUMLAH BAKI
AKAN
DIKREDITKAN
Isi Rumah B40RM200RM1,000RM1,400
Warga Emas B40RM150RM750RM1,050
Bujang B40RM100RM500RM700
Isi Rumah M40RM100RM500RM700
Warga Emas M40RM50RM250RM350
Bujang M40RM50RM250RM350

SEMAK JUMLAH BAKI MYKASIH

Bagaimanapun, untuk mengetahui jumlah baki Bantuan MyKasih yang masih ada dalam Kad Pengenalan masing-masing, buat semakan di Portal Rasmi seperti panduan berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan jumlah baki terkumpul akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH KREDIT BAKI MYKASIH

Bantuan MyKasih telah dikreditkan selama lima (5) bulan dari Januari hingga Mei (setakat ini), dan baki lain akan dikreditkan pada tarikh seperti berikut :

TARIKH BAKI TELAH
DIKREDITKAN
TARIKH BAKI AKAN
DIKREDITKAN
9 & 16 Januari 2026 (Jumaat)1 Jun 2026 (Isnin)
1 Februari 2026 (Ahad)1 Julai 2026 (Rabu)
1 Mac 2026 (Ahad)1 Ogos 2026 (Sabtu)
1 April 2026 (Rabu)1 September 2026 (Selasa)
1 Mei 2026 (Jumaat)1 Oktober 2026 (Khamis)
1 November 2026 (Ahad)
1 Disember 2026 (Selasa)

CARA GUNA MYKASIH UNTUK BELI BARANG

Jika anda tidak mengetahui bagaimana cara untuk menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang, ikuti panduan lengkap cara mudah untuk guna Bantuan MyKasih :

  1. Semak senarai peruncit terpilih MyKasih :
  2. Kunjungi mana-mana peruncit yang berhampiran anda.
  3. Pilih dan ambil barang dapur / keperluan asas yang ada label MyKasih.
  4. Pergi ke kaunter MyKasih.
  5. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang.
  6. Juruwang akan sahkan status dan baki anda.
  7. Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  8. Transaksi pembelian akan disahkan guna Kad Pengenalan anda.
  9. Kad Pengenalan anda akan diserahkan bersama resit pembelian.

TEMPOH GUNA BAKI MYKASIH

Namun, penerima perlu mengetahui bahawa baki MyKasih yang tidak habis digunakan sebelum tarikh akhir akan ditarik balik dan tidak lagi boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas. Berikut merupakan tempoh dan tarikh tamat untuk tahun 2026 :

TEMPOH GUNATARIKH TAMAT
TEMPOH
12 bulan
(Januari – Disember)
Sebelum
31 Disember 2026 (Khamis)

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment