SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Penduduk asal Sabah atau yang bermastuatin di Sabah yang berkelayakan direkodkan hampir 100,000 ribu penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Syukur Sabah yang disalurkan secara berperingkat dan berfasa.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan Syukur Sabah Fasa 2? Ikuti panduan semakan dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN BAYARAN 2026 : TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?

Bantuan Syukur Sabah atau rasminya ‘Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ yang merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di sabah menghadapi peningkatan kos sara hidup.

KADAR BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Setiap tiga (3) bulan sekali bayaran Bantuan Syukur Sabah disalurkan secara lumpsum dengan kadar RM200 sebulan dan selama tiga (3) bulan iaitu sebanyak RM600 kepada setiap penerima.

PERINGKAT FASABULANANKADAR BAYARAN
Fasa 1RM200 + RM200 + RM200
(Januari – Mac)
= RM600
Fasa 2RM200 + RM200 + RM200
(April – Jun)
= RM600
Fasa 3RM200 + RM200 + RM200
(Julai – September)
= RM600
Fasa 4RM200 + RM200 + RM200
(Oktober – Disember)
= RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan Syukur Sabah mengikut tarikh yang dijadualkan dari Fasa 1 hingga Fasa 4 seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 111 Mac 2026 ✅
Fasa 2Mei 2026 🔜
Fasa 3Ogos 2026 🔜
Fasa 4November 2026 🔜
*Tarikh bayaran untuk Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara untuk penerima menerima bayaran Bantuan Syukur Sabah dengan mudah seperti berikut :

  1. Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat pemberian yang bersesuaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah – Penerima yang tiada akaun bank; atau
  2. Pengkreditan secara terus ke dalam akaun bank (mengikut nombor akaun yang didaftar semasa permohonan) – Penerima yang ada akaun bank; atau
  3. Pengkreditan secara tanpa tunai ke dalam akaun e-Dompet aplikasi mudah alih ‘YONO Superapp’ – Pilihan penerima.

SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bagi pemohon yang telah kemukakan permohonan Bantuan Syukur Sabah, boleh buat semakan status sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 2 untuk tahun 2026. Ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di sini :
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
  3. Lihat disebelah kiri ‘Semakan Permohonan’.
    • Klik pada butang [Semak].
  4. Bahagian ‘Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda “-” dan tanpa <jarak>.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan Syukur Sabah akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Syukur Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment