SEMAK BAKI BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara elaun elaun tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan. Sebelum membuat sebarang pembelian barangan keperluan di pasar raya, langkah untuk semak baki bayaran SARA yang tersimpan di dalam Kad Pengenalan (MyKad) anda adalah amat penting.
Bagi mengelakkan kesulitan semasa pembayaran di kaunter runcit, artikel ini menyediakan panduan langkah demi langkah untuk membantu anda semak baki bayaran SARA secara dalam talian serta maklumat berkenaan penyata transaksi terkini.
Bagaimanakah semak baki bayaran sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
SEMAK BAKI BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Penerima bantuan boleh membuat semakan baki kredit Bantuan Asas Rahmah (SARA) menerusi dua kaedah utama berikut :
- Semakan Baki Secara Online Menerusi Portal SARA;
- Semakan Baki Secara Fizikal Pada Resit Pembayaran Barangan Asas di Pasar Raya;
Cara Semak Baki Melalui Portal Rasmi SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | Contoh : RM100.00 |
Cara Semak Baki Pada Resit Pembelian Pasar Raya :
Setiap kali anda membuat pembelian barangan dapur menggunakan MyKad di kedai runcit atau pasar raya berdaftar :
- Juruwang akan menyerahkan resit rasmi pembayaran MyKasih.
- Baki elaun SARA yang tinggal akan tertera secara automatik di bahagian bawah resit pembelian tersebut.
KADAR BAYARAN & PENGKREDITAN SARA 2026
Sistem pengkreditan bantuan SARA disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total : RM2,400 Setahun) | RM100 Setiap Bulan (Total : RM1,200 Setahun) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total : RM1,800 Setahun) | RM50 Setiap Bulan (Total : RM600 Setahun) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total : RM1,200 Setahun) | RM50 Setiap Bulan (Total : RM600 Setahun) |
Nota Penting: Sekiranya elaun bulanan anda tidak dihabiskan sepenuhnya pada bulan semasa, baki tersebut tidak akan luput dan akan dibawa (roll-over) ke bulan berikutnya sehingga tempoh tamat program (31 Disember 2026).
PANDUAN GUNA DUIT SARA MENERUSI MYKAD
Selepas selesai semak baki bayaran SARA dan memastikan baki mencukupi, anda boleh menggunakannya dengan langkah berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
PERTANYAAN & TALIAN BANTUAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Semak Baki Bayaran SARA. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.