CARA SEMAKAN BAKI MYKASIH DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP
Baki bulanan MyKasih yang tidak habis digunakan akan di bawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama elaun bulanan semasa sebelum tamat tempoh bantuan.
Bagaimanakah cara semakan baki mykasih dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD 2400 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
SEMAKAN TEMPOH SAH BAKI MYKASIH DALAM MYKAD
Kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad boleh digunakan dalam tempoh masa berikut :
| TEMPOH SAH | TARIKH PENTING |
|---|---|
| 12 Bulan | Tarikh Program Bermula : 9 & 16 Januari 2026 Tarikh Program Berakhir : 31 Disember 2026 |
TARIKH & JADUAL MASUK BAYARAN MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan dalam MyKad penerima yang layak seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH MASUK BAYARAN |
|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang |
| Februari | 1 Februari 2026 – Semua |
| Mac | 1 Mac 2026 – Semua |
| April | 1 April 2026 – Semua |
| Mei | 1 Mei 2026 – Semua |
| Jun | 1 Jun 2026 – Semua |
| Julai | 1 Julai 2026 – Semua |
| Ogos | 1 Ogos 2026 – Semua |
| September | 1 September 2026 – Semua |
| Oktober | 1 Oktober 2026 – Semua |
| November | 1 November 2026 – Semua |
| Disember | 1 Disember 2026 – Semua |
KADAR KELAYAKAN MYKASIH DISALURKAN DALAM MYKAD
Kadar bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BAKI MYKASIH
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (mengikut kegunaan penerim) |
CARA GUNA BAKI MYKASIH DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026