CARA SEMAK STATUS EKASIH : BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026
Daripada hampir 8.2 juta penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA), hanya seramai 500,000 ribu sahaja penerima yang mendaftar e-Kasih dan layak menerima bayaran yang tertinggi iaitu sehingga RM2,400 setahun berbanding penerima biasa yang bukan e-Kasih.
Bagaimanakah cara semak status eKasih penerima Bantuan Asas Rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 TARIKH BAYAR : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 3
APA ITU EKASIH BANTUAN ASAS RAHMAH?
E-Kasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Negara yang mengandungi data ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berpendapatan ‘Miskin dan Miskin Tegar’ yang layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan oleh Kerajaan dan lain-lain agensi untuk program pembasmian kemiskinan.
Bantuan Asas Rahmah (SARA) pula adalah merupakan bantuan tambahan tanpa tunai yang disalurkan ke dalam Kad Pengenalan penerima khas untuk pembelian barang keperluan asas. Setiap yang tersenarai dalam data e-Kasih akan secara automatik layak terima bantuan ini dengan kadar tertinggi.
KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH UNTUK PENERIMA EKASIH
Kadar bayaran Bantuan Asas Rahmah untuk penerima e-Kasih dan untuk penerima biasa yang bukan e-Kasih mempunyai perbezaan yang ketara seperti berikut :
- Bayaran Untuk Penerima E-Kasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BULANAN | KADAR BAYARAN KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas | RM150 | RM1,800 |
| Bujang | RM100 | RM1,200 |
- Bayaran Untuk Penerima Bukan E-Kasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BULANAN | KADAR BAYARAN KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas | RM50 | RM600 |
| Bujang | RM50 | RM600 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Namun, tarikh bayaran Bantuan Asas Rahmah untuk penerima e-Kasih dan penerima biasa bukan e-Kasih adalah dilaksanakan serentak seperti berikut :
- 🗓️ 9 & 16 Januari 2026.
- 🗓️ 1 Februari 2026.
- 🗓️ 1 Mac 2026.
- 🗓️ 1 April 2026.
- 🗓️ 1 Mei 2026.
- 🗓️ 1 Jun 2026.
- 🗓️ 1 Julai 2026.
- 🗓️ 1 Ogos 2026.
- 🗓️ 1 September 2026.
- 🗓️ 1 Oktober 2026.
- 🗓️ 1 November 2026.
- 🗓️ 1 Disember 2026.
CARA SEMAK STATUS EKASIH
Ikuti cara semak status pendaftaran e-Kasih secara online melalui laman Portal Rasmi yang tertera seperti panduan di bawah :
- Sila layari laman Portal Rasmi e-Kasih di sini :
- Portal Rasmi e-Kasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah sekali.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] I’m not a robot.
- Klik pula pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan pendaftaran e-Kasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH
Untuk mengetahui status layak atau tidak terima Bantuan Asas Rahmah, sila ikuti cara semak status secara online seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.