BAKI MYKASIH ONLINE : CARA CHECK, SEMAK

BAKI MYKASIH ONLINE : CARA CHECK, SEMAK

Bantuan MyKasih dikreditkan setiap bulan secara automatik dalam Kad Pengenalan 8.1 juta penerima yang layak dan ada sebahagian penerima telah menggunakannya untuk beli barang dapur dan ada penerima yang belum menggunakannya. Oleh itu, baki yang ada tidak sama bagi setiap penerima dan perlu disemak dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara semak baki MyKasih secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK STATUS EKASIH : BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026

TARIKH KREDIT MYKASIH

Ketahui tarikh pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam Kad Pengenalan penerima adalah dilaksanakan seperti berikut :

  • 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat).
  • 01/02/2026 (Ahad).
  • 01/03/2026 (Ahad).
  • 01/04/2026 (Rabu).
  • 01/05/2026 (Jumaat).
  • 01/06/2026 (Isnin).
  • 01/07/2026 (Rabu).
  • 01/08/2026 (Sabtu).
  • 01/09/2026 (Selasa).
  • 01/10/2026 (Khamis).
  • 01/11/2026 (Ahad).
  • 01/12/2026 (Selasa).

NILAI BAKI MYKASIH

Berikut merupakan anggaran nilai baki Bantuan MyKasih yang ada dalam Kad Pengenalan penerima sehingga Mei :

  • Penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
KATEGORI PENERIMANILAI BAKI MYKASIH
Isi RumahRM200 hingga RM1,000
(setakat Mei)
Warga EmasRM150 hingga RM750
(setakat Mei)
BujangRM100 hingga RM500
(setakat Mei)
  • Penerima ‘Asas Bukan Miskin’ :
KATEGORI PENERIMANILAI BAKI MYKASIH
Isi RumahRM100 hingga RM500
(setakat Mei)
Warga EmasRM50 hingga RM250
(setakat Mei)
BujangRM50 hingga RM250
(setakat Mei)

CARA CHECK BAKI MYKASIH ONLINE

Untuk mengetahui berapa baki Bantuan MyKasih yang masih ada dalam Kad Pengenalan, ikuti cara check baki secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa โ€“ (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima dan jumlah baki akan dipaparkan.
  8. Selesai.

KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH

Dengan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam Kad Pengenalan, penerima boleh buat pembelian barangan keperlua asas seperti berikut :

  • ๐Ÿš Beras.
  • ๐Ÿฅฉ Makanan sejuk beku.
  • ๐Ÿฅซ Makanan dalam tin.
  • ๐Ÿฅš Telur.
  • ๐Ÿซ— Minyak masak.
  • ๐ŸŒพ Tepung.
  • ๐Ÿœ Mi segera.
  • ๐Ÿง‚ Bahan perasa.
  • ๐Ÿช Biskut.
  • ๐Ÿž Roti.
  • โ˜• Minuman.
  • ๐Ÿ’Š Ubat-ubatan.
  • ๐Ÿงด Produk penjagaan diri.
  • ๐Ÿงป Produk kebersihan rumah.
  • ๐Ÿ“š Barang persekolahan.

PANDUAN GUNA BAKI MYKASIH

Ikuti cara mudah guna baki Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

INFO LANJUT

Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment