SEMAKAN STATUS SARA 2026 ONLINE

SEMAKAN STATUS SARA 2026 ONLINE

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah program bantuan tambahan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima khas untuk beli barang keperluan asas dari barang dapur dan lain-lain keperluan untuk seisi keluarga.

Bagaimanakah semakan status SARA secara online? Ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS SARA 2026 ONLINE

Ikuti panduan lengkap cara semak status SARA secara online melalui Portal Rasmi berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI SARA
https://sara.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di atas.
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 880304112345.
  5. Tandakan ‘Verify you are human’ [ ].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan seperti berikut :
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

HAD KREDIT BANTUAN SARA 2026

Bantuan SARA dikreditkan mengikut had yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar akan terima :
KATEGORIHAD BULANANHAD SETAHUN
Isi RumahRM200 sebulanRM2,400 setahun
Warga EmasRM150 sebulanRM1,800 setahun
BujangRM100 sebulanRM1,200 setahun
  • Penerima Asas Bukan Miskin akan terima :
KATEGORIHAD BULANANHAD SETAHUN
Isi RumahRM100 sebulanRM1,200 setahun
Warga EmasRM50 sebulanRM600 setahun
BujangRM50 sebulanRM600 setahun

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2026

Bagaimanapun, semua penerima tanpa mengira kategori dan kelayakan akan terima kredit Bantuan SARA pada tarikh yang sama seperti berikut :

  • 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat) ✅
  • 01/02/2026 (Ahad) ✅
  • 01/03/2026 (Ahad) ✅
  • 01/04/2026 (Rabu) ✅
  • 01/05/2026 (Jumaat) ✅
  • 01/06/2026 (Isnin) 🔜
  • 01/07/2026 (Rabu) 🔜
  • 01/08/2026 (Sabtu) 🔜
  • 01/09/2026 (Selasa) 🔜
  • 01/10/2026 (Khamis) 🔜
  • 01/11/2026 (Ahad) 🔜
  • 01/12/2026 (Selasa) 🔜

CARA BETUL GUNA BANTUAN SARA 2026

Ikuti cara betul guna Bantuan SARA untuk tahun 2026 :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN SARA

Namun, tidak semua barang boleh beli dengan menggunakan Bantuan SARA. Berikut antara barang yang diluluskan :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Makanan Sejuk beku :
    • Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
  • Barang makanan ringan :
    • Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment