SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD (SARA 2026)
Baki elaun bulanan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah semak baki bantuan mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN MYKASIH 100 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
JADUAL AGIHAN DUIT BANTUAN MYKAD
Kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima mengikut jadual berikut :
| TARIKH AGIHAN BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang 1 Februari 2026 – Semua 1 Mac 2026 – Semua 1 April 2026 – Semua 1 Mei 2026 – Semua 1 Jun 2026 – Semua 1 Julai 2026 – Semua 1 Ogos 2026 – Semua 1 September 2026 – Semua 1 Oktober 2026 – Semua 1 November 2026 – Semua 1 Disember 2026 – Semua | 31 Disember 2026 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH DUIT BULANAN BANTUAN MYKAD
Jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
MEDIUM SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD
Semakan baki lebihan duit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak melalui kaedah berikut :
- Portal SARA;
- Portal/Aplikasi MyKasih;
- Resit Pembelian; atau
- Kaunter pembayaran di Kedai atau Pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD ONLINE
Baki duit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online mengikut panduan seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (baki mengikut kepada kegunaan penerima) |
CARA GUNA BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan dalam MyKad, boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026