SEMAK BAYARAN SARA RAHMAH – SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Seramai lebih 8.1 juta rakyat Malaysia yang terpilih secara automatik layak menerima bayaran Bantuan Sara Rahmah setiap bulan dalam MyKad. Namun, terdapat segelintir penerima yang tidak pernah menggunakannya untuk beli barang keperluan asas.
Bagaimanakah cara semak bayaran Sara Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI OKU : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN 2026
APA ITU SARA RAHMAH?
Sara Rahmah atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barang keperluan asas.
Antara barang yang boleh dan tak boleh beli guna Bantuan Sara Rahmah :
- ✅ Boleh Beli :
- Barang dapur;
- Produk penjagaan diri;
- Ubat-ubatan;
- Produk kebersihan rumah;
- Barang sekolah anak.
- ❌ Tidak Boleh Beli :
- Barang elektronik;
- Rokok;
- Vitamin;
- Ais krim;
- Barangan plastik.
NILAI BAYARAN SARA RAHMAH
Nilai bayaran Bantuan Sara Rahmah adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima Daftar e-Kasih :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun |
| Bujang | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
- Penerima Bukan e-Kasih :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Bujang | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN SARA RAHMAH
Pembayaran Bantuan Sara Rahmah disalurkan setiap bulan dalam MyKad penerima mengikut jadual berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Warga Emas dan Bujang | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
CARA PENGGUNAAN SARA RAHMAH
Berikut merupakan cara penggunaan Bantuan Sara Rahmah dalam MyKad :
- Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih – https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
- *Pastikan ada label SARA pada rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Transaksi pembelian akan disahkan guna MyKad anda.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan.
SEMAK BAYARAN SARA RAHMAH
Ikuti panduan lengkap cara semak bayaran Bantuan Sara Rahmah di bawah :
- Layari laman rasmi SARA Rahmah di sini : https://sara.gov.my/.
- Laman rasmi SARA Rahmah akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800230112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.