SEMAKAN BUDI MADANI 95 – KELAYAKAN & BAKI KUOTA
Setiap rakyat Malaysia yang mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif (tidak tamat tempoh) akan secara automatik layak untuk menerima manfaat BUDI MADANI RON95 dengan jumlah kuota yang sama setiap bulan.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan baki kuota BUDI MADANI 95? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSARA SEMAKAN BAYARAN BULANAN DALAM MYKAD
APA ITU BUDI MADANI 95?
BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah merupakan kesinambungan usaha Kerajaan MADANI untuk terus menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia disamping mengekang ketirisan subsidi kepada golongan tidak dapat dipertimbangkan.
Dengan manfaat BUDI MADANI 95, rakyat yang layak boleh mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran kini RM3.87 seliter tanpa subsidi.
JUMLAH KUOTA BUDI MADANI 95
Setiap penerima akan menerima jumlah kuota BUDI MADANI RON95 yang sama setiap bulan seperti berikut :
| HARGA MINYAK | JUMLAH KUOTA SETIAP BULAN |
|---|---|
| RM1.99 seliter | 200 liter sebulan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BUDI MADANI 95
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima manfaat BUDI MADANI RON95 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) sah dan aktif;
- Kenderaan jenis petrol RON95;
- Tiada had pendapatan (terbuka B40, M40 dan T20).
*Kenderaan awam dan komersial juga layak BUDI MADANI 95.
SEMAKAN KELAYAKAN & BAKI KUOTA BUDI MADANI 95
Ikuti cara semakan kelayakan dan baki kuota BUDI MADANI RON95 secara online melalui portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
- Halaman utama BUDI MADANI RON95 akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [BUDI95 Individu].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
- Contoh : 600101012345.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan dan baki kuota BUDI MADANI RON95 akan dipaparkan :
- “Anda layak untuk manfaat BUDI95”
- “Baki BUDI95 200.000 liter daripada 200.000 liter”.
- Selesai.
CARA GUNA BUDI MADANI 95
Mudah sahaja untuk menggunakan BUDI MADANI RON95, ikuti cara-cara seperti berikut :
- Pergi ke stesen minyak yang terdekat.
- Berikan MyKad kepada juruwang atau masukkan MyKad ke terminal pembaca di pam.
- Ambil MyKad anda kembali
- Nyataka liter yang anda inginkan.
- Bayar secara tunai atau dengan Kad bank (dengan harga RM1.99 seliter).
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI RON95. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian BUDI95 : 1300 88 9595
- Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
- E-mel BUDI95 : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.