MYSARA SEMAKAN BAYARAN BULANAN DALAM MYKAD

MYSARA SEMAKAN BAYARAN BULANAN DALAM MYKAD

MyKad 8.1 juta rakyat Malaysia yang dipilih layak untuk menerima bayaran bulanan Bantuan mySARA kini masih lagi disalurkan untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas harian rakyat seperti B40 dan M40.

Bagaimanakah semakan bayaran mySARA bulanan dalam MyKad? Ikuti panduan di bawah.

BACA JUGA : KADAR BAYARAN BANTUAN EKASIH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH BAYARAN MYSARA BULANAN

Kategori dan status penerima adalah penentu kepada jumlah Bantuan mySARA yang dibayar secara bulanan bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan seperti berikut :

  • Penerima Status ‘Miskin dan Miskin Tegar’ :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
Warga EmasRM150 setiap bulan
BujangRM100 setiap bulan
  • Penerima Status ‘Asas Bukan Miskin’ :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
Warga EmasRM50 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN MYSARA BULANAN

Bantuan mySARA dilaksanakan secara bulanan bermula dari Januari hingga Disember mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 & 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

CARA GUNA MYSARA DALAM MYKAD

Individu yang layak boleh menggunakan Bantuan mySARA yang ada dalam MyKad untuk beli barang keperluan asas pada setiap bulan mengikut cara seperti berikut :

  1. Pergi ke premis terpilih mySARA (https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barang keperluan asas yang diperlukan (pastikan ada label mySARA pada rak tanda harga).
  3. Berikan MyKad pada juruwang bertugas untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan sahkan dan imbas setiap barang yang dipilih.
  5. MyKad penerima digunakan untuk sahkan bayaran.
  6. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan transaksi dan baki.

MYSARA SEMAKAN BAYARAN BULANAN DALAM MYKAD

Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan mySARA bulanan adakah telah dikreditkan dalam MyKad atau belum, ikuti cara semakan seperti berikut :

🔗 Pautan rasmi Portal mySARA : https://sara.gov.my/.

  1. Sila layari pautan Portal mySARA di atas.
  2. Halaman utama Portal mySARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 90023011234.
  5. Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Contoh paparan status penerima dan bayaran SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Ini (RM)245.00

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment