BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

Terkini! Kadar pemberian Bantuan Khas Sarawak (SKAS) untuk pembelian barangan makanan asas bagi tahun 2026, kini dinaikkan bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan secukupnya.

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan status bantuan khas sarawak 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYSARA ONLINE 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN KHAS SARAWAK

Bantuan Khas Sarawak ialah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya dalam bentuk bantuan kewangan melalui Baucar Digital yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk pembelian barangan makanan asas.

Menerut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kadar peruntukkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026 dinaikkan kepada RM680.0 juta, dan akan memberi manfaat kepada hampir 900,000 isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGANKATEGORI BUJANG
Berkahwin; atauBujang; atauBujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; danPendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
Tiada had umurHad umur 60 tahun dan ke atasBujang berumur antara 21-59 tahun; atau

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun
Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

JUMLAH BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk setiap Fasa bantuan adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI WARGA EMAS
TANPA PASANGAN
KATEGORI BUJANG
Fasa 1 : RM316Fasa 1 : RM166Fasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM424Fasa 2 : RM234Fasa 2 : RM150
Fasa 3 : RM360Fasa 3 : RM200Fasa 3 : RM125
Total Setahun : RM1,100Total Setahun : RM600Total Setahun : RM375

TARIKH KREDIT BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikreditkan mengikut jadual berikut :

FASA BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 110 Mac 2026, Selasa
Fasa 215 Mei 2026, Jumaat
Fasa 310 November 2026, Selasa

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAK

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :

  • Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  • Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  • Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  • Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  • Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

CARA KREDIT BANTUAN KHAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)
Pengguna Android
Pengguna iOS

PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

Untuk makluman anda, tiada permohonan baharu dibuka untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026. Pemberian bantuan ini hanya akan diberikan mengikut data penerima sebelum ini iaitu Data Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di mana kelayakan penerima bantuan ini adalah ditentukan berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment