BANTUAN MYSALAM RM700 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA TUNTUT
Rakyat Malaysia yang merupakan golongan B40 yang dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera atau hospital universiti sehari atau lebih boleh menuntut elaun gantian pendapatan dari Bantuan mySalam yang dibayar sehingga maksimum RM700 setahun.
Bagaimanakah semak status kelayakan dan cara tuntut Bantuan mySalam RM700? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI HASIL – BAYARAN FASA 3 2026
KADAR BAYARAN BANTUAN MYSALAM
Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan mySalam kepada yang ingin membuat tuntutan Hospitalisasi dengan kadar yang ditetapkan seperti berikut :
| KIRAAN HARI | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| 1 Hari | RM50 / sehari (minimum) |
| 14 Hari | RM700 / setahun (maksimum) |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSALAM RM700
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi yang ingin membuat tuntutan Bantuan mySalam bagi manfaat Hospitalisasi :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Berkahwin : 18 hingga 65 tahun Bujang : 21 hingga 65 tahun OKU : 18 hingga 65 tahun |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM24,000 setahun |
| Hospital | Hospital Kerajaan, Hospital Tentera, Hospital Universiti |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYSALAM
Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak buat tuntutan Bantuan mySalam, anda boleh semak status kelayakan secara atas talian melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] anda.
- *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Seterusnya, klik butang [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan bagi tahun 2026. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
- Selesai.
CARA TUNTUT BANTUAN MYSALAM RM700
Tuntutan Bantuan mySalam untuk manfaat Hospitalisasi boleh dilakukan dengan mudah melalui Portal Rasmi mySalam seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-).
- Masukkan [Kata Laluan].
- *penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.