SEMAK SUBSIDI DIESEL : STATUS KELAYAKAN & KADAR BAYARAN 2026
Harga minyak diesel di Semenanjung Malaysia kini mencecah RM5.97 seliter dan ianya menunjukkan penurunan dari minggu lalu dan harga minyak diesel untuk Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal RM2.15 seliter. Oleh itu, Kerajaan masih meneruskan pemberian subsidi diesel kepada rakyat di Semenanjung Malaysia sehingga RM400 sebulan.
Bagaimanakah semak status kelayakan subsidi diesel? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN KHAS OKU – SEMAK KELAYAKAN & INFO BAYARAN 2026
APA ITU SUBSIDI DIESEL?
Subsidi diesel adalah merupakan sebuah usaha Kerajaan Malaysia untuk mengekalkan harga diesel pada kadar terendah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat serta petani kecil yang mempunyai kenderaan diesel.
Usaha ini juga adalah supaya subsidi yang diberika terutamanya pengisian minyak diesel ini terus sampai kepada rakyat Malaysia tanpa berlaku sebarang ketirisan subsidi minyak kepada warga asing.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI DIESEL
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima subsidi diesel :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Pendapatan Tahunan | Isi rumah tidak melebihi RM100,000 setahun |
| Kategori Penerima | Individu; atau petani kecil / pekebun kecil |
| Jenis Kenderaan | Kenderaan diesel untuk kegunaan persendirian (bukan mewah) |
| Pendaftaran Kenderaan | Semenanjung Malaysia (JPJ) |
| Status Cukai Jalan | Masih aktif |
KADAR BAYARAN SUBSIDI DIESEL 2026
Oleh kerana harga minyak diesel semakin meningkat, Kerajaan juga menambah peruntukan untuk subsidi diesel dan akan disalurkan dengan kadar yang terbaru (pertambahan RM100) seperti berikut :
| KADAR BAYARAN SEBELUM | KADAR BAYARAN TERKINI |
|---|---|
| RM300 setiap bulan | RM400 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN SUBSIDI DIESEL 2026
Pembayaran subsidi diesel akan dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH PERMOHONAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1 – 31 Januari 2026 | 10 Februari 2026 |
| 1 – 28 Februari 2026 | 6 Mac 2026 |
| 1 – 31 Mac 2026 | 8 April 2026 |
| 1 – 30 April 2026 | 8 Mei 2026 |
| 1 – 31 Mei 2026 | 9 Jun 2026 |
| 1 – 30 Jun 2026 | 8 Julai 2026 |
CARA TERIMA BAYARAN SUBSIDI DIESEL
Dua (2) cara terima bayaran subsidi diesel, iaitu mengikut jenis penerima seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
| Tiada maklumat akaun bank | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL
Bagi rakyat Malaysia yang telah kemukakan permohonan subsidi diesel, semakan status kelayakan boleh dilakukan melalui laman rasmi BUDI MADANI seperti berikut :
- Layari laman rasmi BUDI MADANI di sini : https://budidiesel.gov.my/.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Profil pemohon dan status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI DIESEL. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budidiesel.gov.my/.