BANTUAN KHAS OKU – SEMAK KELAYAKAN & INFO BAYARAN 2026
Rakyat Malaysia yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) tentunya memerlukan bantuan kewangan yang khas untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, pihak kerajaan mewujudkan Bantuan Khas untuk mereka yang memerlukan setiap bulan.
Bagaimanakah semak kelayakan dan info bayaran Bantuan Khas OKU? Ikuti panduan semakan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN LANGSUNG TUNAI 2026 : SEMAK KELAYAKAN & INFO BAYARAN 2026
JENIS BANTUAN KHAS OKU
Terdapat tiga (3) jenis Bantuan Khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antaranya adalah :
| JENIS BANTUAN OKU | TUJUAN BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | Elaun ini diberikan sebagai insentif kepada pekerja OKU agar terus bekerja, mampu berdikari dan produktif. |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Bekerja (BTB) | Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga. |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) | Meringankan bebanan keluarga/ penjaga/ pesakit, mengekalkan pesakit OKU terlantar hidup dalam keluarga dan masyarakat. dan menggalakkan keluarga/ penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar. |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS OKU
Dan setiap jenis Bantuan OKU yang disediakan akan dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut keperluan penerima setiap bulan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN OKU | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 / seorang (setiap bulan) |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Bekerja (BTB) | RM300 / seorang (setiap bulan) |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) | RM500 / seorang (setiap bulan) |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN KHAS OKU
Tentunya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan hanya mereka yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja layak menerima bayaran Bantuan OKU.
Berikut merupakan kategori kelayakan yang ditetapkan :
- Kelayakan Penerima Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Bukan penuntut mana-mana institusi pendidikan;
- Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM;
- Pendapatan minimum RM1,000 hingga RM1,700 sebulan.
- Kelayakan Penerima Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Bekerja (BTB) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 hingga 59 tahun;
- Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM;
- Terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
- Kelayakan Penerima Bantuan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM;
- Memerlukan penjagaan rapi;
- Pendapatan penjaga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS OKU
Bagi mereka yang telah kemukakan permohonan salah satu Bantuan OKU yang disediakan, boleh buat semakan kelayakan sebagai penerima melalui laman web rasmi di bawah :
- Sila layari laman web rasmi eBantuan JKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Halaman utama eBantuan JKM akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan permohonan Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT) akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Khas OKU (oleh JKM), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.malaysia.gov.my/my/categories/bantuan-kebajikan–kemudahan/bantuan-pekerjaan/elaun-pekerja-oku-epoku.