BANTUAN SARA ONLINE 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Untuk meringankan kos sara hidup rakyat terutama golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan sederhana, Kerajaan menyediakan elaun bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan disalurkan setiap bulan melalui MyKad untuk mendapatkan barangan keperluan asas.
Melalui inisiatif ini, elaun akan dikreditkan terus secara bulanan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya berdaftar seluruh negara.
Bagi anda yang mahu membuat check status kelayakan Bantuan SARA Online 2026, ketahui kadar bayaran serta kaedah semakan baki, ikuti panduan lengkap di bawah.
Bagaimanakah check status kelayakan bantuan sara online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK BANTUAN MY SARA : SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan Bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti jadual berikut :
| TEMPOH BANTUAN | KAEDAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | MyKad (Kad Pengenalan) | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
CHECK STATUS BANTUAN SARA ONLINE 2026
Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Kemudian, Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG BANTUAN SARA YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan antara barangan yang diluluskan di bawah Program SARA :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan Sejuk Beku : Nugget
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).