SEMAKAN BANTUAN IC ONLINE : 2026
Lebih 8 juta rakyat Malaysia menerima pengkreditan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan melalui IC (Kad Pengenalan) dengan kadar yang diberikan mengikut kategori kelayakan masing-masing sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan bantuan ic online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAKI BANTUAN DALAM MYKAD : SEMAK, CHECK
JENIS BANTUAN DALAM IC
Jenis Bantuan Dalam IC (Kad Pengenalan) untuk Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :
- SARA Bulanan (eKasih & Bukan eKasih) :
- Bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- SARA ONE-OFF (Sekali Bayaran) :
- Bantuan untuk sambutan seperti perayaan kepada semua rakyat Malaysia berusi 18 tahun dan ke atas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA BULANAN (EKASIH & BUKAN EKASIH) | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih sekiranya Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| SARA ONE-OFF (SEKALI BAYARAN) | Warganegara Malaysia; Berusia 18 tahun dan ke atas |
SEMAKAN KADAR BANTUAN DALAM IC
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang disalurkan ke dalam IC penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA BULAN (EKASIH) | SARA BULANAN (BUKAN EKASIH) | SARA ONE-OFF |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Februari) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Februari) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Februari) |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC ONLINE
Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status Kelayakan | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
CARA GUNA DUIT BANTUAN IC
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAKAN JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| JENIS SARA | TARIKH BAYARAN | TARIKH AKHIR/LUPUT |
|---|---|---|
| SARA BULANAN (EKASIH & BUKAN EKASIH) | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
| SARA ONE-OFF (SEKALI BAYARAN) | 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026