SEMAKAN BANTUAN MYKAD ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA MYKASIH 2026
Penyaluran Bantuan SARA MyKasih disalurkan ke dalam MyKad seramai 22 juta rakyat Malaysia dan hanya 8.1 juta yang layak menerima bayaran setiap bulan untuk beli barang keperluan asas dari Januari hingga Disember.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MyKad secara online? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SKAS SARAWAK FASA 2 : SEMAKAN 2026
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD
Berikut merupakan perkara yang boleh guna Bantuan MyKad dan perkara yang tidak boleh guna Bantuan MyKad :
- ✅ Boleh Guna Bantuan MyKad :
- Beli barang dapur, produk penjagaan diri, lampian pakai buang, ubat-ubatan, keperluan sekolah, produk kebersihan rumah.
- Bayar secara tanpa tunai guna MyKad.
- Di kedai-kedai yang berdaftar SARA MyKasih.
- ❌ Tidak Boleh Guna Bantuan MyKad :
- Beli barang elektronik, rokok, vape dan sebagainya.
- Bayar bil.
- Pengeluaran tunai dari MyKad.
- Di kedai-kedai yang tidak berdaftar SARA MyKasih.
KADAR KREDIT BANTUAN MYKAD
Setiap penerima akan trima kadar Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad sebanyak kadar berikut :
| PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | Bujang : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD
Berikut merupakan jadual kredit Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad penerima :
| JENIS BAYARAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Bayaran Bulanan | 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bayaran One-Off | 9 Februari 2026 |
SEMAKAN BANTUAN MYKAD ONLINE
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan, boleh buat semakan secara online seperti berikut :
- Sila layari laman semakan SARA MyKasih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900430112345.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Berikut merupakan cara guna Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad :
- Kunjungi kedai terpilih SARA MyKasih yang terdekat anda.
- Pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan guna MyKad anda.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.