SEMAKAN SKAS FASA 2 2026 : TARIKH, BAYARAN & JUMLAH SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melibatkan peruntukan sebanyak RM640 juta untuk manfaat seramai 857,814 ribu penerima untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur dan lain-lain keperluan harian.
Bagaimanakah semakan bayaran SKAS Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TERKINI! Senarai Barang Dapur Yang Boleh Beli Guna MyKad (Ramai Salah Faham)
KELAYAKAN PENERIMA SKAS 2026
Bukan semua rakyat Sarawak yang layak menerima Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak), namun ianya terhad kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Kad Pengenalan status ‘K’ (Rakyat Sarawak beralamat dan menetap di Sarawak);
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
Dan memenuhi syarat kelayakan setiap kategori seperti berikut :
- Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Janda / Duda (ada anak yang menepati syarat) |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Tidak melebihi RM5,000 |
- Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Janda / Duda (tiada anak yang menepati syarat) |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Tidak melebihi RM5,000 |
- Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Janda / Duda (tiada anak yang menepati syarat) |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Tidak melebihi RM2,500 |
TARIKH BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Bayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) Fasa 1 telah selesai disalurkan pada 10 Mac 2026 yang lalu dan bayaran untuk Fasa 2 pula akan disalurkan sebelum perayaan Aidiladha dan Hari Gawai yang bertarikh pada :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 2 | Bermula 15 Mei 2026 (Jumaat) |
JUMLAH BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Bermula dengan jumlah RM950 (isi rumah), RM500 (warga emas) dan RM300 (bujang) disalurkan secara ansur berperingkat selama tiga (3) fasa dan bayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) Fasa 2 adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM316 (Fasa 2) |
| Warga Emas | RM116 (Fasa 2) |
| Bujang | RM100 (Fasa 2) |
PLATFORM BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Penerimaan bayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bukanlah secara tunai. Namun secara baucar digital yang disalurkan melalui platform e-Dompet dalam aplikasi mudah alih S Pay Global sahaja.

SEMAKAN SKAS FASA 2 2026
Bagi yang telah kemukakan permohonan Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak), boleh buat semakan status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 2 seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik [Check Eligibility ]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Next].
- Klik pada [My Individual Account].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/821/.