REGISTER STR ONLINE 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR
Bagi pengguna baharu Portal MySTR dan pemohon baharu STR 2027, anda perlu mendaftar ID MySTR untuk tujuan log masuk ke Portal Rasmi STR 2027 bagi membuat semakan status permohonan STR dan sebagainya dengan mudah secara online.
Bagaimanakah panduan lengkap register str online 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : CARA MOHON ONLINE
KENAPA PERLU REGISTER PORTAL MYSTR?
Melalui pendaftaran akaun di Portal MySTR, pemohon dan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengakses portal bantuan str 2027 untuk tujuan seperti :
- Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Semakan Status Permohonan dan Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Semakan Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa;
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Kemas kini Maklumat Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
REGISTER STR ONLINE
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Portal MySTR atau masih belum register, berikut merupakan panduan lengkap cara register STR 2027 :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH REGISTER STR ONLINE
Pemohon baharu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, boleh membuat permohonan dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis |
PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR
Jika anda memenuhi kriteria dan kelayakan, anda boleh membuat permohonan STR untuk tahun 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
AMAUN BAYARAN STR 2027
Setiap penerima dan pemohon yang lulus permohonan STR 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM600 Anak 3 hingga 4 : RM1,100 Anak 5 dan Ke atas : RM1,600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA |
RUJUKAN LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/