SKAS FASA 2 : SEMAKAN & BAYARAN

SKAS FASA 2 : SEMAKAN & BAYARAN

Bayaran SKAS fasa pertama (1) telah selesai disalurkan sebelum perayaan Aidilfitri dan bayaran untuk fasa kedua (2) akan disalurkan sebelum perayaan Aidiladha dan perayaan Gawai bagi membantu rakyat Sarawak membuat persiapan menyambut perayaan tersebut.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima dan status bayaran SKAS fasa 2? Rujuk panduan dan baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : Ramai Tak Sedar Bantuan Barang Dapur Ini Masih Aktif – Ini Cara Semak Status & Guna

APA ITU SKAS?

SKAS adalah ringkasan kepada ‘Sumbangan Keperluan Asas Sarawak’ yang merupakan sebuah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada isi rumah dan individu yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan.

Inisiatif Bantuan SKAS ini melibatkan peruntukan sehingga RM640 juta bagi membantu rakyat Sarawak membuat pembelian barangan keperluan asas harian di premis-premis yang berdaftar di Negeri Sarawak.

CARA BAYARAN SKAS

Untuk memudahkan rakyat Sarawak menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan bayaran melalui satu (1) cara sahaja, iaitu melalui :

CARA BAYARANPLATFORM
Bayaran secara tanpa tunai
(cashless)
melalui baucar digital
Akaun e-Wallet
(Aplikasi S Pay Global)
*Nota : Penerima perlu membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan pembayaran menggunakan kod QR yang disediakan dalam akaun e-Wallet S Pay Global tersebut.

SYARAT LAYAK TERIMA SKAS

Penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak (Kad Pengenalan status ‘K’);
  • Beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

*Serta memenuhi syarat kelayakan khusus setiap kategori seperti berikut :

ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Kahwin; atauBujang; atauBujang; atau
Ibu atau
bapa tunggal /
Balu / Janda /
Duda yang
mempunyai anak
yang menepati
syarat
Ibu atau
bapa tunggal /
Balu / Janda /
Duda yang
tiada anak
yang menepati
syarat
Ibu atau
bapa tunggal /
Balu / Janda /
Duda yang
tiada anak
yang menepati
syarat
Tiada had umur60 tahun dan
ke atas
21 hingga 59
tahun
Pendapatan
bulanan
isi rumah
tidak melebihi
RM5,000
Pendapatan
bulanan
individu
tidak melebihi
RM5,000
Pendapatan
bulanan
individu
tidak melebihi
RM2,500
Bukan pelajar
sepenuh masa
di IPTA / IPTS

TARIKH BAYARAN SKAS FASA 2

Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk Fasa Kedua (2) bermula pada 15 MEI 2026 (JUMAAT) iaitu sebelum perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Gawai.

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 215 Mei 2026 (Jumaat)
*Nota : Bayaran disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak melalui aplikasi S Pay Global.

KADAR BAYARAN SKAS FASA 2

Fasa bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah setiap empat (4) bulan sekali dan kadar bayaran adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN
SETIAP FASA
JUMLAH
KESELURUHAN
Isi Rumah
(Pendapatan
bawah RM5,000)
RM316 (Fasa 1 & 2)
dan
RM318 (Fasa 3)
RM950
Warga Emas
Tiada Pasangan
(Pendapatan
bawah RM5,000)
RM166 (Fasa 1 & 2)
dan
RM168 (Fasa 3)
RM500
Bujang
(Pendapatan
bawah RM2,500)
RM100
(Fasa 1, 2 dan 3)
RM300
*Nota : Kadar bayaran Bantuan SKAS untuk tahun 2026 telah dinaikkan berbanding tahun 2025 bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

SEMAKAN KELAYAKAN SKAS FASA 2

Berikut merupakan panduan lengkap cara semak kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa Kedua (2) :

  1. Sila layari laman web rasmi SKAS di sini : https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa sempang (-).
  3. Klik pada butang [Search].
  4. Mesej akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  5. Selesai.

Contoh paparan status penerima yang layak SKAS :

Name :Ali Bin Abu
MyKad
Number :
8002030112345
Status :ELIGIBLE
SKAS
Category :
Household
SKAS Value :950

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/821/.

Leave a Comment