BANTUAN SARA 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN MYKASIH DALAM IC

BANTUAN SARA 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN MYKASIH DALAM IC

Walaupun Bantuan SARA telah mula disalurkan secara bulanan dan sekaligus kepada 22 juta rakyat Malaysia. Namun, masih ada sebahagian penerima yang tidak mengetahui kelayakan sebagai penerima dan tidak pernah menggunakan Bantuan SARA dalam IC untuk beli barang keperluan asas. Justeru, semua penerima yang layak dinasihatkan untuk guna bantuan sebelum tamat tempoh.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA secara online? Rujuk panduan semakan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA

PENGGUNAAN BANTUAN SARA 2026

Masih ramai penerima yang keliru cara penggunaan Bantuan SARA dalam IC. Oleh itu, ikuti panduan penggunaan yang betul di bawah :

  1. Kunjungi premis terpilih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) terdekat anda :
  2. Setibanya dipremis tersebut, pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
    • *Pastikan mempunyai label SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada rak tanda harga.
  3. Berikan IC (Kad Pengenalan) kepada juruwang untuk imbasan pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan menyatakan baki yang ada dalam IC anda dan akan imbas barangan yang terpilih mengikut baki yang ada.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna IC anda.
  6. Resit pembelian akan diberikan sebagai rekod penggunaan Bantuan SARA.

TARIKH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN

Kesemua penerima yang layak akan menerima Bantuan SARA dalam IC secara bulanan dan sekaligus mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

JENIS PENYALURANTARIKH BANTUAN
DISALURKAN
Penyaluran Setiap Bulan9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Penyaluran Sekaligus9 Februari 2026

KADAR BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN

Ketahui berapa kadar Bantuan SARA yang disalurkan ke dalam IC setiap kategori penerima untuk tahun 2026 :

  • Penyaluran Bantuan SARA Secara Bulanan :
KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA B40PENERIMA M40
Isi RumahRM200
setiap bulan
RM100
setiap bulan
Warga EmasRM150
setiap bulan
RM50
setiap bulan
BujangRM100
setiap bulan
RM50
setiap bulan
  • Penyaluran Bantuan SARA Secara Sekaligus :
KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA
B40, M40 & T20
Isi RumahRM100 sekaligus
Warga EmasRM100 sekaligus
BujangRM100 sekaligus

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026 ONLINE

Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA untuk tahun 2026 secara online di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
SARA
(Sumbangan Asas Rahmah)
https://www.sara.gov.my/
  1. Pergi ke Portal Rasmi SARA (klik pautan di atas).
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Portal SARA.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 901020112345.
  5. Sahkan anda bukan robot dengan klik pada [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak Bantuan SARA :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00
*Jika dipaparkan “Nombor MyKad tidak wujud dalam sistem” bermaksud anda tidak layak terima bayaran bulanan Bantuan SARA.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib melalui talian berikut :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment