BARANGAN MYKASIH 2026 : SENARAI BARANG & SEMAKAN STATUS BAYARAN

BARANGAN MYKASIH 2026 : SENARAI BARANG & SEMAKAN STATUS BAYARAN

Kategori barangan keperluan asas MyKasih tahun 2026 kini diperluas kepada 15 kategori barangan meliputi lebih 140,000 barangan yang disediakan, bagi memastikan keperluan asas penerima mencukupi. Setakat ini seramai 12.1 juta rakyat Malaysia telah menebus bantuan ini.

Apakah senarai barangan mykasih terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYAR BANTUAN SARA MYKASIH APRIL 2026 : SEMAK STATUS LAYAK TERIMA ATAU TIDAK SEKARANG

APA ITU MYKASIH?

MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah Program lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). SARA MyKasih dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada STR dalam bentuk tanpa tunai bagi memenuhi keperluan asas penerima.

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
KelayakanSecara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih
Jumlah BantuanBermula RM50 sehingga RM200 bergantung kepada kelayakan penerima
Cara Pelaksanaan/PembayaranSecara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan)
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
ManfaatKhusus untuk berbelanja barangan keperluan asas MyKasih yang diluluskan di kedai berdaftar

JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA BERBELANJA BARANGAN MYKASIH 2026

Penerima bantuan bulanan MyKasih boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026

Kategori barangan keperluan asas MyKasih kini diperluas kepada 15 kategori bermula Februari 2026 seperti berikut :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Tepung;
  • Minuman;
  • Bahan Perasa;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Produk Penjagaan Diri;
  • Ubat-Ubatan Di Kaunter;
  • Barangan Keperluan Sekolah;
  • Barangan Kebersihan Rumah;
  • Makanan Sejuk Beku;

Senarai penuh barangan keperluan asas MyKasih yang diluluskan boleh semak di : https://www.sara.gov.my/ dan senarai kedai berdaftar di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI MYKASIH 2026

Status Kelayakan Bayaran & Baki Duit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment