EKASIH SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BULANAN

EKASIH SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BULANAN

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam Sistem eKasih ayak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar bayaran lebih tinggi berbanding penerima bukan eKasih, untuk perbelanjaan barangan keperluan bulanan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima sara ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK DUIT BANTUAN TAMBAHAN STR 2026 : BAYARAN AKAN DIBERI HANYA UNTUK YANG LAYAK SAHAJA

SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :

  • Kelayakan Pendaftaran eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Ketua Isi Rumah;
    • Pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih :
JENIS BANTUANKELAYAKAN
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Lulus Pendaftaran & Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
SARA BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

PERMOHONAN SARA EKASIH 2026

Untuk melayakkan anda menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih, anda perlu membuat permohonan seperti berikut :

  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Lulus;
  • Pendaftaran Sistem eKasih, Miskin dan Miskin Tegar – Berstatus Lulus.

Sekiranya permohonan dan pendaftaran anda berjaya, anda menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik.

JUMLAH DUIT SARA EKASIH 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :

  • SARA eKasih (Lulus STR & Berdaftar eKasih) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BULANAN (RM)TOTAL SETAHUN (RM)
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM2,400 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,800 Setahun
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200 Setahun
  • SARA bukan eKasih (Lulus STR Sahaja) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BULANAN (RM)TOTAL SETAHUN (RM)
Isi RumahRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM600 Setahun
BujangRM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM600 Setahun

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN EKASIH 2026

Status pendaftaran eKasih boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut :
  2. https://ekasih2.icu.gov.my/sistem/log-masuk
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal eKasih 2.0.
  4. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan (Sekiranya anda belum daftar, daftar akaun terlebih dahulu).
  5. Kemudian, tekan butang [Log Masuk], dan Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  7. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA EKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

TEMPOH SAH DUIT SARA EKASIH 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 dilaksanakan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :

TEMPOH SAH/PELAKSANAANBULAN
PEMBAYARAN
TARIKH
PEMBAYARAN
TARIKH
LUPUT
Setiap Bulan
(12 Bulan)
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
09/01/2026
01/02/2026
01/03/3036
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
Sah sehingga
31/12/2026

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/ekasih

Leave a Comment