CARA SEMAK BAKI MYKASIH – BERAPA YANG ADA DALAM MYKAD
Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, lampin pakai buang, ubat-ubatan, barang sekolah dan sebagainya dengan baki yang mencukupi. Namun, masih ada penerima yang belum menggunakannya.
Bagaimanakah cara semak baki MyKasih yang ada dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA & STATUS BAYARAN
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD
Bagi yang belum menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang, ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :
| LANGKAH | CARA GUNA BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai / pasaraya yang berdaftar dengan MyKasih |
| 2. | Pilih barang keperluan yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih |
| 5. | Transaksi pembelian akan disahkan menggunakan MyKad penerima |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan transaksi |
TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD
Kerajaan melaksanakan pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima mengikut tarikh yang dijadualkan seperti di bawah :
| BIL. | TARIKH KREDIT MYKASIH |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
JUMLAH BAKI MYKASIH TERKUMPUL
Jika penerima tidak pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas, baki yang terkumpul dari hari pertama pengkreditan sehingga kini, ianya sebanyak berikut :
- 8.1 juta penerima sedia ada :
| KATEGORI | PENERIMA MISKIN TEGAR | PENERIMA BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM600 (Jan – Mac) +RM100 (One-off) | RM300 (Jan – Mac) +RM100 (One-off) |
| Warga Emas | RM450 (Jan – Mac) +RM100 (One-off) | RM150 (Jan – Mac) +RM100 (One-off) |
| Bujang | RM300 (Jan – Mac) +RM100 (One-off) | RM150 (Jan – Mac) +RM100 (One-off) |
- 13.9 juta penerima baharu :
| KATEGORI | SEMUA PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
CARA SEMAK BAKI MYKASIH
Bagaimanapun, baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad boleh disemak secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Pilih [SARA Bulanan] atau [SARA One-Off] (ikut kelayakan anda).
- Tandakan pada kotak [Setuju].
- Klik pada butang [TERUSKAN].
- Pada bahagian seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang aktif.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki].
- Status kelayakan dan baki bantuan akan dipaparkan.
- Selesai.
TEMPOH SAH GUNA BAKI MYKASIH
Penerima dinasihatkan agar menggunakan Bantuan MyKasih selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
| JENIS BAYARAN | TEMPOH SAH GUNA | TARIKH AKHIR |
|---|---|---|
| Bayaran Bulanan | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
| Bayaran One-off | 11 bulan | 31 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.