SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : STATUS PENERIMA TERBARU

SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : STATUS PENERIMA TERBARU

Seramai 5.2 juta rakyat Malaysia layak untuk menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2, melibatkan 3.8 juta Kategori Isi Rumah dan 1.4 juta Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan.

Bagaimanakah semak kelayakan str fasa 2 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH BAYARAN FASA 1 2026

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 2 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin (Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Ada Anak;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Tiada Anak;

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Tiada Anak;

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 2 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

AMAUN STR FASA 2 2026

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 akan disalurkan kepada penerima mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 2
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM150
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM100
Anak 1 hingga 2 : RM100
Anak 3 hingga 4 : RM200
Anak 5 dan Ke atas : RM250
Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
Berusia 60 tahun dan ke atas
RM150
Bujang
Berusia 21 – 59 tahun;
Berusia 19 – 59 tahun (OKU)
Bayaran digantikan melalui Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan Melalui MyKad

SEMAK TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 dilaksanakan secara berperingkat bermula tarikh berikut :

FASA STRTARIKH BAYARAN
STR FASA 210 Mac 2026 (Selasa) – Penerima Sedia Ada
30 Mac 2026 (Isnin) – Penerima Baharu/Rayuan

5 Juta Penerima Sedia Ada, dan 200,000 Penerima Permohonan Baharu & Rayuan.

CARA BAYARAN STR FASA 2 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank
(Sabah/Sawarak/W.P Labuan)
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment