SEMAK BANTUAN RAYA 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN TUNAI

SEMAK BANTUAN RAYA 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN TUNAI

Berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh negara akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia untuk membuat persiapan perayaan, Kerajaan menyediakan Bantuan Raya yang disalurkan secara tunai untuk yang layak.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran Bantuan Raya secara tunai? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 2 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN RAYA?

Bantuan Raya yang disediakan oleh Kerajaan adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri khusus untuk penjawat awam dan pesara. Selain itu, Kerajaan juga menyediakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebelum perayaan Aidilfitri untuk membantu rakyat membuat persiapan menjelang perayaan ini.

KADAR BANTUAN RAYA 2026

Berikut merupakan kadar Bantuan Raya yang disediakan mengikut kategori penerima :

  • Bayaran Bantuan Khas Kewangan Raya :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Penjawat Awam
(Gred 56 ke bawah,
kontrak dan mySTEP)
RM500
Pesara / Veteran
(Berpencen / tidak berpencen)
RM250
  • Bayaran Bantuan STR Raya :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah B40RM200 hingga RM600
*tertakluk jumlah anak
Isi Rumah M40RM100 hingga RM350
*tertakluk jumlah anak
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA 2026

Pembayaran Bantuan Raya bakal dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan Khas Kewangan
(BKK)
13 Mac 2026 (Jumaat)
Bantuan Sumbangan Tunai
Rahmah (STR)
10 Mac 2026 (Selasa)
dan
berperingkat

CARA TERIMA BANTUAN RAYA 2026

Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan Raya melalui cara-cara berikut :

JENIS BANTUANCARA TERIMA BAYARAN
Bantuan Khas Kewangan
(BKK)
Dikreditkan terus ke
dalam akaun bank gaji
penjawat awam / pesara
Bantuan Sumbangan Tunai
Rahmah (STR)
Dikreditkan ke dalam
akaun bank penerima
atau
bayaran secara tunai di
Bank Simpanan Nasional
(BSN)

SEMAK BANTUAN RAYA 2026

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 (sebelum raya). Ikuti cara semakan lanjut di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  5. Klik pada butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  7. Klik pada butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan permohonan].
  10. Status kelayakan penerima STR akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Raya Kerajaan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://pahang.anm.gov.my/arkib-pengumuman-pahang/pengumuman/2026/11689-bantuan-khas-kewangan-tahun-2026 dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment