STR FASA 2 2026 MULA DIBAYAR ESOK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Terkini! Seramai 5.2 juta rakyat Malaysia termasuk 200,000 penerima baharu akan menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 yang bakal diawalkan sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
Bagaimanakah semakan penerima str fasa 2 2026 yang mula dibayar esok? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BAKI BANTUAN SARA YANG ADA DALAM MYKAD 2026
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 2 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 2 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, FASA 2 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KADAR DUIT STR FASA 2 2026 YANG DIBAYAR
Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 2 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : Akan dikemas kini Anak 1 hingga 2 : – Anak 3 hingga 4 : – Anak 5 dan Ke atas : – |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : Akan dikemas kini Anak 1 hingga 2 : – Anak 3 hingga 4 : – Anak 5 dan Ke atas : – |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 2 |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | Akan dikemas kini |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 2 |
|---|---|
| Bujang | Bantuan diganti dengan SARA : RM50 Setiap Bulan |
Kadar sebenar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
TARIKH STR FASA 2 2026 MULA DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 | 10 Mac 2026, Selasa |
Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
CARA DUIT STR FASA 2 2026 DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026